KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya pada hari ini telah mengeluarkan beberapa garis panduan yang lebih terperinci bagi beberapa sektor kebudayaan dan perhotelan di seluruh negara.

Ini susulan pengumuman pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi pada 4 Mei ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas bersempena Hari Buruh pada Jumaat.

Berikut adalah senarai aktiviti dan protokol berhubung aktiviti berhadapan dengan pelanggan dan pihak yang terlibat dalam proses pengoperasian seharian.

A. Sektor Kebudayaan dan Kesenian

Sektor kebudayaan dan kesenian merangkumi acara seperti pameran barangan iaitu arkib atau tugu peringatan, serta perpustakaan.
  1. Penjarakan Sosial

    Memastikan penjarakan sosial 1 meter bagi pelawat sepanjang masa.
  2. Penggunaan hand sanitizer

    Mewajibkan penggunaan hand sanitizer bagi pekerja dan pelawat
  3. Pelupusan topeng muka

    Topeng muka dibuang ke dalam tong sampah bertutup.
  4. Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja

    Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja sebelum beroperasi.
  5. Pemakaian topeng muka

    Digalakkan pemakaian untuk semua pelawat atas tanggungan pelawat sendiri, manakala pekerja diwajibkan pemakaian.
  6. Pembersihan dan sanitasi tempat

    Menggunakan cecair pencuci yang dibenarkan atas tanggungan pemilik.
  7. Bilangan pelawat

    Tertakluk kepada keluasan premis dan penjarakan sosial yang dibenarkan pada satu-satu masa mengikut premis.
B. Sektor perhotelan

Sektor ini merangkumi tetamu dari perkhidmatan penting sahaja seperti sektor oil and gas dan sektor penerbangan yang mempunyai kontrak bertempoh dengan hotel serta lain-lain sektor yang dibenarkan kerajaan seperti pekerja barisan hadapan (frontliners).
  1. Penjarakan sosial

    Memastikan penjarakan sosial 1 meter semasa urusan kaunter/pejabat.
  2. Kemudahan hand sanitizer /disenfecting kits di kawasan umum/lobi masuk

    Kemudahan hand sanitizer atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun di kawasan umum.
  3. Penyediaan garis panduan untuk panduan tetamu hotel

    Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Dont’s” di kawasan strategik hotel untuk panduan tetamu dan pekerja hotel mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.
  4. Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja/ Tetamu hotel/ Penyedia perkhidmatan

    Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja sebelum beroperasi.

    - Wajib dilaksanakan kepada pekerja hotel, pekerja kontraktor, penyewa, pembekal, vendor yang memberikan perkhidmatan kepada hotel sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis hotel setiap hari;
    Bagi pemeriksaan suhu:

    - Diwajibkan untuk tetamu hotel semasa daftar masuk.

  5. Pembersihan dan sanitasi

    Sekurang-kurangnya dua kali atau lebih dalam sehari di kawasan umum.
  6. Susun atur meja/lif/ ruangan menunggu

    Menggunapakai jarak 1 meter serta meletakkan tanda.
  7. Jarak antara tetamu

    Jarak antara tetamu sekurang–kurangnya satu meter.
  8. Menyediakan peralatan pelindung diri kepada pekerja

    Menyediakan topeng muka dan hand sanitizer untuk setiap pekerja.
  9. Penggunaaan komunikasi alternatif di kalangan pekerja dan tetamu hotel

    Menggunakan medium komunikasi alternatif bagi mengadakan mesyuarat atau perbincangan seperti video conferencing mahupun whatsapp ataupun panggilan telefon dengan tetamu hotel sekiranya memerlukan bantuan berbanding kontak fizikal.
  10. Perekodan kehadiran kakitangan/ kontraktor/ vendor/ pembekal perkhidmatan

    Jumlah kehadiran setiap kakitangan /kontraktor/vendor/ pembekal perkhidmatan pada setiap masa hendaklah direkodkan dalam buku daftar khas bagi tujuan pemantauan dan disimpan minimum 6 bulan.
  11. Hanya pekerja yang sihat dibenarkan bekerja

    Mana-mana pekerja PP yang tidak sihat/ menunjukkan gejala demam tidak dibenarkan hadir bekerja dan pekerja PP yang menunjukkan gejala demam atau tidak sihat semasa bertugas perlu dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut.
  12. Mengawal pergerakan tetamu hotel

    Menghadkan / mengawal jumlah tetamu di kawasan umum dan lobi hotel. Tetamu hotel hendaklah berada di dalam bilik masing-masing dan tidak dibenarkan berlegar-legar atau berhimpun di satu-satu tempat.

    Selain itu, pintu masuk/pintu keluar tertentu bagi dihadkan mengawal pergerakan tetamu hotel.
  13. Pemakaian topeng muka oleh tetamu hotel

    Tetamu hotel digalakkan memakai topeng muka semasa daftar masuk, daftar keluar dan semasa berada di luar bilik mahupun kawasan umum hotel.
  14. Pelupusan general waste

    Pelupusan general waste perlu dilaksanakan seperti biasa.
  15. Aktiviti housekeeping

    Pihak pengurusan hotel dikehendaki menjalankan aktiviti housekeeping seperti kebiasaan.
  16. Kemudahan/fasiliti hotel yang tidak dibenarkan penggunaannya

    Tetamu hotel tidak dibenarkan menggunakan fasiliti hotel seperti surau, gim, lounge, kolam renang, spa, bilik mesyuarat dan sebagainya.
  17. Tanggungjawab tetamu hotel sekiranya tidak sihat

    Tetamu dikehendaki memaklumkan kepada pihak hotel/ agensi kerajaan yang berkaitan sekiranya mempamerkan simptom COVID-19/ demam semasa menginap di hotel.
  18. Pelupusan topeng muka

    Pelupusan topeng muka hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah bertutup.
  19. Pengoperasian restoran / café untuk tetamu hotel / pelanggan

    Restoran / café dalam premis hotel dibenarkan untuk beroperasi bagi perkhidmatan dine- in ala carte sahaja untuk tetamu hotel/ pelanggan dan;

    hidangan secara buffet tidak dibenarkan.
  20. Pengoperasian Kafetaria/Kantin untuk pekerja

    Kafeteria/ kantin di dalam premis PP sekiranya disediakan untuk pekerja hanya dibenarkan beroperasi bagi tujuan penyediaan makanan berbungkus oleh pengendali makanan yang memakai alat penutup hidung dan mulut dan sarung tangan serta memasikan penjarakan sosial dilaksanakan.

    Hidangan secara buffet adalah tidak dibenarkan. Waktu rehat tengahari hari perlu dilaksanakan secara berperingkat.
  21. Penyediaan garis panduan untuk tetamu hotel

    Menyediakan dan mempamerkan garis panduan “Do's” dan “Dont’s” di kawasan strategik hotel untuk panduan tetamu dan pekerja hotel mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.
BACA: Lima hotel yang terpaksa ditutup gara-gara COVID-19