awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inilah pulau peranginan pertama di Malaysia jayakan kempen bayaran tanpa tunai MyDebit

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
30/09/2019
11:14 MYT
Inilah pulau peranginan pertama di Malaysia jayakan kempen bayaran tanpa tunai MyDebit
Sehingga kini kira-kira 63 peniaga di pulau peranginan itu serta kawasan sekitarnya telah menerima manfaat menerusi program berkenaan.
Pulau Redang, Terengganu muncul pulau peranginan pertama di negara ini yang menjayakan kempen pembayaran tanpa tunai MyDebit yang dirintis Bank Negara Malaysia.
Ketua Pejabat Bank Negara Kuala Terengganu, Adlis Khairil Sazly Mohd Zaini berkata inisiatif yang dilaksanakan itu bagi meningkatkan penyertaan kewangan di lokasi berkenaan, selain melancarkan urusan transaksi harian.
“Kita akan menaikkan taraf dari segi pelancongan di mana pembayaran tanpa tunai lebih meluas untuk penduduk di sekitar Redang dan untuk pelancong insya-Allah akan menular ke sektor-sektor yang lain contohnya pendidikan, makanan dan minuman (F&B) dan juga sektor-sektor yang lain,” ujar Adlis.
Beliau berkata, sehingga kini kira-kira 63 peniaga di pulau peranginan itu serta kawasan sekitarnya telah menerima manfaat menerusi program yang dilaksanakan pada Oktober lalu.
Pihaknya menganggarkan sebanyak 73 peratus daripada 86 peniaga di Pulau Redang menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai menerusi terminal tempat jualan (POS) dan kad ATM MyDebit di samping aplikasi QR Pay Maybank.
Jelas Adlis, pihaknya akan memantau program tersebut dalam tempoh setahun bagi menilai kemajuan dan cabaran bagi menambah baik perkhidmatan tersebut.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#mydebit
#pelancongan
#Pulau Redang
#Tanpa Tunai
#transaksi kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan