awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif KPKT di bawah Pakej PRIHATIN bantu ringankan beban rakyat

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2020
07:25 MYT
Inisiatif KPKT di bawah Pakej PRIHATIN bantu ringankan beban rakyat
Penduduk PPR antara yang turut mendapat manfaat daripada inisiatif KPKT di bawah PRIHATIN.
Kementerian Kerajaan dan Perumahan Tempatan (KPKT) berharap beberapa inisiatif yang dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedikit sebanyak membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi satu kenyataan, KPKT memaklumkan pakej bernilai RM250 bilion itu antara lainnya disasarkan untuk menjaga kebajikan rakyat terutama golongan B40 termasuk mereka yang menetap di flat kos rendah seluruh negara, para peniaga kecil dan pekerja kilang.
Antara inisiatif KPKT di bawah pakej PRIHATIN ialah pengecualian pembayaran selama enam bulan sewa bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa dan penangguhan pembayaran bagi PPR sewa Untuk Dimiliki membabitkan kos keseluruhan RM 8.7 juta, Operasi Sanitasi Awam di kawasan zon merah dan jingga serta melanjutkan masa penebusan tanpa mengenakan caj faedah bagi pemajak gadai dalam tempoh PKP.
Turut dilaksanakan ialah pemberian insentif RM200 sebulan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sepanjang tempoh PKP, menyediakan fasiliti KPKT sebagai pusat kuarantin serta mewujudkan KPKT Hotline yang akan menghubungkan masyarakat dengan KPKT.
KPKT berharap pihak berkuasa tempatan dapat menjalankan tugas seperti biasa demi memastikan kebersihan komuniti terjaga dan anggota masyarakat juga dapat memberi kerjasama bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#B40
#bomba
#COVID-19
#ekonomi
#Kementerian Kerajaan dan Perumahan Tempatan
#kerajaan
#koronavirus
#KPKT
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan