Tutup

Inkues Adib: Peguam wakili KPKT dan keluarga Adib umum tarik diri

Inkues Adib: Peguam wakili KPKT dan keluarga Adib umum tarik diri
SYAZLIN: "Saya menarik diri daripada mewakili KPKT, pihak bomba dan keluarga Adib". - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini dikejutkan dengan pengumuman penarikan diri pihak peguam, Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

"Saya menarik diri daripada mewakili KPKT, pihak bomba dan keluarga Adib.

"Dengan penarikan diri ini saya percaya Prof Sharom sebagai saksi pakar dalam kes ini juga terbatal," kata Syazlin di hadapan koroner Rofiah Mohammad.

Peguam, Taufiq Baharom yang juga mewakili keluarga Muhammad Adib bagaimanapun menyerahkan keputusan itu kepada Koroner Rofiah Mohammad.
"Saya serah keputusan kepada Mahkamah Koroner sama ada untuk teruskan atau tidak inkues ini kerana pihak kami tidak saksi lain lagi,", jelas Taufiq.

Saksi ke-29, Prof Shahrom Abdul Wahid yang merupakan bekas Pakar Forensik HUKM itu sepatutnya dipanggil  semula untuk memberi keterangan pada hari ini.
Koroner, Rofiah Mohammad kemudian menetapkan tarikh 26 jun untuk sebutan semula kes yang akan menentukan tiga perkara iaitu pengganti peguam KPKT, cadangan nama bagi saksi pakar fizik serta keperluan untuk memanggil semula saksi ke-29, Prof Shahrom Abdul Wahid.

"Memandangkan pihak KPKT dan Bomba merupakan pihak berkepentingan, prosiding ini tidak boleh diteruskan tanpa pengganti, saya akan bagi tempoh untuk selesaikan isu tersebut", katanya.


Tag: Shah Alam, mahkamah, JBPM, inkues Adib, Mahkamah koroner, peguam, Syazlin Mansor, Koroner Rofiah Mohammad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.