Sesi hari kedua prosiding inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diadakan esok di lokasi kejadian dimana merupakan tempat berlakunya serangan.

Pihak peguam bagi keluarga Muhammad Adib, Mohd Kamaruzaman Wahab berkata, perkara itu bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden itu.

"Esok kita akan bergerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran situasi sebenar dan kita nak lihat semula bagaimana kedudukan kenderaan serta anggota ketika serangan berlaku", katanya, selepas ditemui ketika selesai sesi prosiding inkues hari pertama.

BACA LAPOR LANGSUNG INKUES MUHAMMAD ADIB DI SINI


Tambahnya, ketiga-tiga saksi utama yang memberi keterangan hari ini akan turut dibawa ke lokasi kejadian esok.

Mengulas mengenai sesi prosiding hari pertama pihaknya merumuskan, pasukan bomba telah diserang berdasarkan keterangan oleh kesemua saksi pada Isnin.

"Berdasarkan keterangan saksi, pasukan bomba telah diserang kumpulan perusuh dan pihak bomba telah bertindak mengundurkan kenderaan dan beredar daripada tempat kejadian," tambahnya.