Tutup

Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner - Guan Eng

Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner -  Guan Eng
Pada Jumaat, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
GEORGETOWN: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam, berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menrut Guan Eng, keputusan itu sudah dibuat dengan sebaiknya demi memberikan keadilan kepada semua pihak terutamanya keluarga Allahyarham.

Jesteru, beliau berharap keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang terlibat dengan kematian Adib harus dibawa kemuka pengadilan dengan segera.

"Itu dapatan koronor inkues ke atas Allahyarham Adib sesuatu yang baik dan harus dihormati semua. Allahyarham adib harus dihormati semua pihak, keadilan dapat ditegakkan dengan mencari mereka yang membunuh ahli bomba Adib.
"Dapatan koroner harus dihormati oleh semua pihak dapat ditangkap didakwa secepat mungkin," kata Guan Eng.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan tiga perkhidmatan baharu bagi rawatan kanser di Mount Miriam Cancer Hospital, Tanjung Bungah, di sini pada Sabtu.
BACA: Inkues Adib: Ibu dan bapa Allahyarham menangis, sujud syukur


Pada Jumaat, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Dalam masa sama, Setiausaha Agung DAP itu juga berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah berhubung insiden seorang lelaki di Bayan Lepas yang mengamuk dan menetak pekerja kilang sehingga mati dan mencederakan seorang pengarah keselamatan kilang.

Katanya, isu tersebut telah diputar belit sehingga ia menjadi isu perkauman dan ekstremis agama sedangkan lelaki berkenaan disahkan mengalami masalah kemurungan menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Jesteru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan ke atas pihak terbabit termasuk pihak pembangkang kerana tindakan mereka menyebarkan fitnah boleh menggugat ketenteraman dan keamanan dalam kalangan masyarakat.


Tag: Muhammad Adib, pegawai bomba, inkues, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.