awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark jadi negara pertama di Eropah tamatkan penghantaran surat
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif Hari Raya untuk FELDA dan FELCRA

Rahimah Abdullah, Ibrahim Sani
Rahimah Abdullah, Ibrahim Sani
06/06/2018
07:11 MYT
Insentif Hari Raya untuk FELDA dan FELCRA
Insentif Raya melibatkan peruntukan berjumlah RM94 juta iaitu RM50 juta untuk FELDA dan RM44 juta untuk FELCRA. - BERNAMA/Fail
Berita baik untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan insentif sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 bagi setiap peneroka.
"RM450 akan diberikan kepada peneroka FELDA termasuk non-member FELDA dan FELCRA. Bayaran insentif ini akan disemak pada 2019 di mana penerima bantuan sara hidup tidak dapat menerimanya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabatnya di Putrajaya.
Insentif Raya melibatkan peruntukan berjumlah RM94 juta iaitu RM50 juta untuk FELDA dan RM44 juta untuk FELCRA.
"Bagi FELDA, kita memberi insentif Raya di bawah peruntukan Kerajaan sebanyak RM50 juta. Manakala bagi FELCRA, ia diberi berdasarkan keuntungan mereka," tambah Dr Mahathir.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menjelaskan, seramai 112,725 peneroka Felda akan menikmati pemberian insentif tersebut. "Turut akan menerima insentif tersebut adalah seramai 7,431 peneroka bukan ahli," kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan. Tambahnya, pemberian insentif ini adalah bagi meringankan beban kewangan dan kos sara hidup peneroka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Topic Berkaitan
#bonus raya
#FELCRA
#Felda
#Hari Raya Aidilfitri
#Mahathir Mohamad
#peneroka
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan