Waris kepada dua mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di perairan Kemasin di sini Isnin lepas, berharap agar Che Wadi Bakar, 40, dan Amran Ismail, 43, ditemui segera.
Cik Normas Bakar, 35, adik kepada Che Wadi berkata dia dan keluarga reda sekiranya abangnya telah meninggal dunia tetapi tetap berharap agar abangnya yang bekerja sebagai awak-awak bot berkenaan sejak lima tahun lepas, dijumpai.
"Abang pandai berenang dan teliti dalam setiap kerja yang dibuatnya, sebab itu juga kami sekeluarga dalam diam menaruh harapan agar abang selamat...sekiranya ini sudah tersurat (lemas), kami reda...jika mati biarlah berkubur," katanya yang ditemui di Jeti Pendaratan Ikan Kuala Kemasin di sini hari ini.
Ditanya mengenai perubahan sikap Che Wadi sebelum tragedi berkenaan, Cik Normas berkata abangnya yang masih belum berumah tangga itu kelihatan sangat gembira berbanding sikapnya yang pendiam.
"Kami tidak menyangka keramahannya pagi itu adalah petanda dia akan terlibat dalam tragedi bot karam ini," katanya.
Sementara itu isteri Arman, Siti Ayu Ishak, 30, berkata sepanjang perkahwinan mereka selama 10 tahun, suaminya merupakan seorang yang baik dan kehidupan mereka penuh kenangan manis.
"Saya reda sekiranya ini (suami meninggal dunia) pengakhiran kepada pernikahan kami. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota penyelamat yang bertungkus-lumus mencari dan menyelamat mangsa," kata ibu kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu.
Dalam kejadian 8.00 malam Isnin lepas itu, 12 pemancing selamat, enam meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa masih hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin.
Enam mangsa yang sudah ditemukan ialah Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Husin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an, Ahmad Syafiq Che Alim, 30 dan Harun Daud, 60-an.
Operasi mencari dan menyelamat hari ini yang meliputi kawasan seluas 450 batu nautika ditangguhkan pada pukul 7.00 malam dan akan disambung semula 6.00 pagi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020
Adik kepada mangsa lemas bot karam Che Normas Bakar, 35, ketika ditemu bual wartawan tentang abangnya yang masih hilang Che Wadi Bakar, 40-an di Jeti Kuala Kemasin hari ini. - BERNAMA
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Insiden bot karam: Waris harap mangsa masih hilang ditemui segera
Waris mangsa yang belum ditemui masih menyimpan harapan mereka ditemui dengan selamat.
'Tak suka laki orang tapi...' - DSV jawab hubungan dengan Putra Amaris
Ditanya kepada Vida mengenai gosip tersebut, beliau menjelaskan mereka telah lama saling mengenali.
"Jodoh itu rahsia Allah" - Amaris selamat bernikah dengan gadis pilihan
Pelakon Amran Ismail, 33, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28, pada Jumaat lalu.