Skip to main content

Malaysia

Insiden rempuhan Mina: Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa

81443002581_najiborange.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan di Mina.

Najib menyampaikan ucapannya melalui laman Twitternya turut berharap jemaah haji yang terkorban akan dimasukkan di kalangan orang beriman (shuhadah).


Najib juga berkata beliau telah memohon jemaah haji Malaysia mengikut arahan dan peraturan yang dikeluarkan Tabung Haji bagi memastikan keselamatan mereka.

Setakat ini, angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan ibadah haji itu telah meningkat ke 717 orang manakala jumlah yang cedera adalah 863 orang.

Advertisement

Must Watch Video