Hasil laporan Suruhanjaya Siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dua tahun lepas menunjukkan bahawa runtuhan cerun itu berpunca daripada tragedi buatan manusia, yang keseluruhannya boleh dielakkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semasa membentangkan laporan suruhanjaya berkenaan pada Rabu berkata tanah runtuh yang berlaku pada 21 Okt 2017 itu adalah bencana yang sedang menunggu masa untuk berlaku.
"Antara kesimpulan yang dirumuskan laporan itu adalah kegagalan cerun itu disebabkan beberapa siri perbuatan yang melampau. Dalam terma kejuruteraan, kejadian berlaku disebabkan perbuatan tanpa kawalan yang menjejaskan ketahanan tanah di kawasan itu.
"Kejadian tanah runtuh itu bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia berlaku secara beransur dengan tanda-tanda amaran jelas terlihat pada alam sekitar. Malangnya tanda-tanda amaran itu sama ada tidak dipedulikan, atau tidak ditangani dengan baik dan tidak mencukupi," katanya dalam persidangan media di sini pada Rabu.
Insiden pada kira-kira pukul 8.57 pagi itu meragut 11 nyawa yang terdiri daripada seorang penduduk tempatan, lima warga Bangladesh, dua warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga Pakistan.
Chow berkata laporan suruhanjaya yang bertarikh 22 Julai yang dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, memuatkan analisis selanjutkan berhubung fakta latar belakang, keterangan yang direkodkan dari pendengaran awam dan sebagainya.
Beliau berkata laporan setebal 116 muka surat itu turut mengandungi sembilan cadangan yang diharapkan oleh pihak suruhanjaya boleh menjadi pengajaran.
"Antaranya pihak suruhanjaya mencadangkan siasatan jenayah dijalankan oleh polis (atas arahan Peguam Negara, jika perlu), terhadap kecuaian ketara jurutera perunding yang mengakibatkan tragedi itu, bagi mengenal pasti sekiranya jurutera perunding itu seharusnya didakwa di bawah Sekasyen 304A Kanun Keseksaan," katanya.
Chow berkata salinan laporan itu akan dijual kepada orang ramai pada harga RM50 sesalinan, dan ia boleh didapati di Tingkat 3, Komtar dari 3 Sept sehingga 30 Sept.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menelefon 04-650 5480.
"Bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian itu, dan diharapkan laporan ini akan membantu," katanya.
Suruhanjaya yang digerakkan oleh Notifikasi Warta bertarikh 21 Disember 2017 itu mendengar keterangan daripada 28 saksi dalam sesi pendengaran awam yang berlangsung selama 26 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
Insiden yang berlaku pada pagi 21 Okt 2017 itu meragut 11 nyawa yang terdiri daripada seorang penduduk tempatan, lima warga Bangladesh, dua warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga Pakistan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Projek lebuh raya bertingkat, air Perak-P.Pinang dalam perbincangan - Chow
Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan melibatkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Chow
Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan.
Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia
Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia.
Akta 672: Pulau Pinang akan teliti, bincang sebelum buat keputusan
Pulau Pinang akan meneliti dan berbincang lebih lanjut dengan kerajaan Persekutuan berhubung menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang
Chow berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.
Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan - KM
Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.