awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Insya-Allah, Adam Rayqal tunggu kami di syurga' - Bapa

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
04/07/2018
21:45 MYT
'Insya-Allah, Adam Rayqal tunggu kami di syurga' - Bapa
Mohd Sufi (tengah) meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dengan tidak menularkan gambar yang tidak sepatutnya berkaitan arwah anaknya. -Bernama
“Kita mengharapkan yang terbaik kepada Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia. Insya-Allah, Adam tunggu kami sama di syurga.”
Demikian kata bapa kepada Adam Rayqal, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi ketika ditemui pemberita selepas majlis pengebumian jenazah anaknya yang dijumpai mati di dalam peti sejuk rumah pengasuhnya.
Mohd Sufi Naeif turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dengan tidak menularkan gambar yang tidak sepatutnya berkaitan arwah anaknya.
“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak kerana sudi membantu mencari Adam,” katanya.
Jenazah bayi lelaki berusia lima bulan itu selamat disemadikan kira-kira jam 10.30 malam Rabu di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.
Terdahulu jenazah bayi malang itu dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Chendering sebelum disolatkan di Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
BACA: Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala
BACA: Sebak, ibu mahu pangku Adam Rayqal dan enggan naik ambulans
Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan turut mengucapkan takziah kepada Mohd Sufi dan isteri, Farah Madiha Othman atas kematian anak mereka, Adam Raykal dalam keadaan sangat mengejutkan.
Beliau yang turut berdukacita dengan tragedi yang berlaku mengharapkan mereka sekeluarga tetap tabah meskipun berdepan dan melalui dugaan amat berat.
Ahmad Samsuri mengharapkan siasatan menyeluruh dijalankan dan mendoakan agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Adam Rayqal
#anak
#bayi
#jenazah
#keluarga
#Kuala Terengganu
#lelaki
#mati
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan