Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyambut baik tindakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang menggantung lesen 20 ejen penghantaran di seluruh negara bulan depan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, perkara itu dilihat satu tindakan tegas bagi membendung kegiatan penyeludupan menerusi pelabuhan, sepertimana pendedahan yang dibuat Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.
"Memetik kata Subromaniam, negara kehilangan RM2.5 bilion dalam bentuk cukai dan duti sepanjang tiga tahun lalu, sebahagian besarnya akibat pemalsuan dokumen oleh ejen-ejen penghantaran.
"Malah tahun ini sahaja lebih RM1 bilion tidak dapat dikutip dengan nilai barangan bernilai RM731 juta diseludup masuk ke Malaysia.
"Penggantungan itu dilaksanakan berdasarkan Sistem Mata Demerit Kastam yang diperkenalkan pada April, dan di bawah kerjasama INTEGRITI, JKDM telah mula mengguna pakai ujian psikometrik Profil Integriti Malaysia (MIP), yang melibatkan proses pengambilan pegawai-pegawai jabatan itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Selain itu, tambah Dr Anis, JKDM telah mula mengambil langkah konkrit bagi memupuk budaya berintegriti dalam kalangan anggota jabatan itu dan meningkatkan tadbir urus baik.
"Di bawah kerjasama dengan INTEGRITI, JKDM telah mula mengambil langkah mengguna pakai ujian psikometrik Profil Integriti Malaysia (MIP), yang melibatkan proses pengambilan pegawai-pegawai jabatan itu.
"Langkah ini akan diperluas membabitkan anggota pelaksana selepas ini. MIP satu instrumen yang digunakan untuk menilai tahap integriti seseorang individu. Ia menilai tahap integriti individu dalam dua aspek utama iaitu Kualiti Peribadi dan Pendirian.
"Malah JKDM merupakan antara agensi yang telah mengikuti latihan penggunaan Modul Integriti Agensi Penguatkuasaan yang diterbitkan oleh INTEGRITI tahun lalu," katanya.
Dr Anis menambah, tindakan holistik melibatkan semua peringkat adalah penting bagi melihat keberkesanan usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan mengatasi isu ketirisan pendapatan negara.
Kata beliau, ejen-ejen syarikat tidak boleh lepas tangan dengan hanya mementingkan keuntungan peribadi dan syarikat.
"Kita tidak boleh menyerahkan usaha penghayatan budaya berintegriti kepada JKDM semata-mata, sebaliknya semua pihak berkepentingan dalam urusan kastam negara, khususnya ejen-ejen penghantaran ada peranan masing-masing," katanya.
Tambah beliau, INTEGRITI akan terus menghulurkan sokongan padu kepada pengurusan JKDM dan semua pihak bagi mewujudkan persekitaran berintegriti tinggi, yang akan memanfaatkan setiap rakyat negara ini dalam jangka panjang.
Israr Khalid
Sun Dec 31 2017
INTERGRITI sambut baik tindakan tegas Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
PRU15: Pelik! Masih sokong walaupun didapati bersalah - Anis Yusal
Anis Yusal Yusoff tertanya-tanya apa sebenarnya yang menyebabkan orang ramai masih menyokong individu bersalah.
Pandangan orang awam digalakkan dalam kajian bagi mencapai demokrasi yang lebih baik
Sebuah kajian terperinci bagi memastikan Malaysia ke arah demokrasi yang lebih maju sedang dijalankan oleh sebuah pasukan penyelidik yang diketuai oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
INTEGRITI sambut baik tindakan Kastam gantung 20 ejen penghantaran
Tindakan tegas Jabatan Kastam Diraja Malaysia gantung 20 ejen penghantaran disifatkan langkah baik banteras kegiatan seludup menerusi pelabuhan.
Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia
Tan Sri Dr Surin adalah seorang negarawan terbilang, seorang yang berilmu dan banyak mencurahkan bakti bukan sahaja kepada Thailand malah kepada dunia - Datuk Dr Anis Yusal