Syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkhidmatan secara percuma itu akan dinikmati rakyat sehingga 31 Disember 2020.

“Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.

“Perkhidmatan ini akan disediakan sehingga 31 Disember 2020.

“Selain itu semua pengguna akan dapat mengakses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi COVID-19 kerajaan khususnya MySejahtera,” katanya dalam pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek di sini, pada Jumaat.