Intipan Unit Risikan Marin daripada Pasukan Polis Marin (PPM) berkaitan penyeludupan minyak petrol ke Filipina membawa kepada penahanan dua lelaki Pala'u serta rampasan 2,570 liter minyak petrol di kawasan laut Pulau Bum Bum semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata penahanan dua lelaki berumur 19 dan 29 tahun serta rampasan minyak itu dilakukan anggota PPM Semporna antara 6.45 petang dan 10.45 malam.
"Di laut Kampung Gusung Melanta, Pulau Bum Bum, seorang juragan dipercayai Pala'u dikesan membawa 1,200 liter minyak petrol yang ditemui dalam ruangan perahunya. Di kawasan sama, seorang lagi juragan turut didapati dalam ruangan perahunya, 870 liter minyak petrol," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Siasatan awal, Mohamad Pajeri berkata kedua-duanya gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah selain mengaku mahu membawa minyak berkenaan ke Sitangkai, Filipina.
"Kedua-duanya juga gagal menunjukkan sebarang dokumen untuk membawa barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya lagi.
Dalam pada itu, katanya pihaknya turut merampas 500 liter minyak petrol di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Labuan Haji di Pulau Bum Bum.
Menurutnya, kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya, mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2019
Polis berkata penahanan dua lelaki berumur 19 dan 29 tahun serta rampasan minyak itu dilakukan anggota PPM Semporna antara 6.45 petang dan 10.45 malam.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.