Tutup

Ipoh mahu luaskan hubungan dengan bandar raya Fukuoka

Ipoh mahu luaskan hubungan dengan bandar raya Fukuoka
Ahmad Faizal melayani tetamunya sempena sambutan Ulang Tahun ke-30 Bandaraya Berkembar Ipoh - Fukuoka di Ipoh pada Rabu. - Astro AWANI
IPOH: Kerajaan negeri Perak mahu memperluaskan lagi hubungan dengan bandar raya Fukuoka di Jepun yang telah terjalin sejak lebih 30 tahun lalu.

Selain hubungan antara kerajaan melalui pertukaran pegawai dan pelajar, Perak mahu hubungan itu diperluaskan kepada hubungan penduduk dengan penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerjasama akan diperluaskan lagi untuk merangkumi segenap aspek masyarakat seperti pendidikan, budaya, warisan pelancongan dan sebagainya.

"Saya juga berharap, para usahawan dari Ipoh dan negeri Perak akan meneroka pasaran besar bandar raya Fukuoka dan negara Jepun amnya, melalui hubungan baik yang sedia terjalin ini.
"Kita yakin, banyak peluang yang boleh diteroka untuk memberikan limpahan sosioekonomi kepada rakyat kedua-dua bandar raya dengan menubuhkan jawatankuasa khusus untuk membentuk jalinan kerjasama para usahawan dari kedua-dua bandaraya," ujar Ahmad Faizal.

Beliau berucap di majlis makan malam sempena sambutan Ulang Tahun ke-30 Bandaraya Berkembar Ipoh - Fukuoka di Ipoh pada Rabu.
Ahmad Faizal berkata, selain Ipoh, hubungan akan dieratkan lagi  dengan Perjanjian Persefahaman kerjasama di antara Zoo Taiping & Night Safari dan Fukuoka City Zoological Garden berhubung pertukaran haiwan.

Beliau yakin, usaha itu akan merintis jalan kepada lebih banyak kerjasama antara Fukuoka dengan bandar-bandar lain di negeri Perak.


Tag: ahmad faizal azumu, ipoh, fukuoka, jepun, kerjasama pintar, sosioekonomi, rakyat, Ulang Tahun ke-30 Bandaraya Berkembar Ipoh - Fukuoka



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.