awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPTA perlu terlibat dalam bidang keusahawanan - Mary Yap

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/04/2017
05:20 MYT
IPTA perlu terlibat dalam bidang keusahawanan - Mary Yap
Datuk Mary Yap Kain Ching berkata ia usaha untuk melahirkan graduan holistik, seimbang dan memiliki ciri-ciri usahawan. -Gambar fail
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggalakkan semua pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melibatkan diri dalam bidang keusahawanan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025.
Timbalan Menterinya Datuk Mary Yap Kain Ching berkata iini perlu dalam usaha melahirkan graduan holistik, seimbang dan memiliki ciri-ciri usahawan.
"Ia dibuktikan dengan kejayaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang membeli 15 blok perumahan dengan kos RM52 juta untuk kegunaan 3,000 penuntut mereka.
"Beberapa langkah penjanaan IPTA terdiri daripada pelbagai sumber termasuk penggunaan aset maksimum, wakaf, jalinan alumni, geran pendidikan luar negara serta pengkomersialan produk dan idea," katanya.
Mary menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Kedah (PKR) Dr Azman Ismail yang meminta KPT menyatakan senarai hasil kejayaan IPTA di dalam menjana pendapatan sendiri setakat ini dan IPTA manakah yang paling berjaya.
Dalam pada itu, jelas Mary, langkah ini selaras dengan hasrat kementerian mempergiat usaha universiti awam menjana pendapatan sendiri, selain menerima 80 peratus peruntukan dana daripada kerajaan.
Mary berkata antara kejayaan lain ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur yang membangunkan 500 unit penginapan dengan pinjaman bank sebanyak RM180 juta dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapat sumbangan Yayasan Bukhari untuk pembinaan auditorium RM40 juta.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementeriannya tidak membenarkan universiti awam menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah, sebaliknya mahu universiti menjana pendapatan sendiri bagi memastikan kemampanan operasi.
Topic Berkaitan
#bidang keusahawanan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#KPT
#Mary Yap Kain Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan