awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPU tidak sihat: 77 sekolah di Papar, Beaufort, Kuala Penyu ditutup esok

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
03/04/2016
11:17 MYT
IPU tidak sihat: 77 sekolah di Papar, Beaufort, Kuala Penyu ditutup esok
Kawasan yang terjejas dengan jerebu itu adalah disebabkan kes kebakaran terbuka akibat cuaca panas. - Foto Astro AWANI
Sejumlah 77 buah sekolah di Papar, Beaufort dan Kuala Penyu ditutup esok disebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul dalam satu kenyataan media berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira bacaan IPU yang melepasi bacaan tidak sihat berdasarkan keadaan jerebu teruk dan laporan bacaan IPU daripada pihak Jabatan Alam Sekitar Sabah.
Pemantauan masih diteruskan bagi mengumumkan jika perlu penutupan itu dilanjutkan untuk hari berikutnya.
Penutupan sekolah di daerah Beaufort melibatkan 53 buah, Papar (10) dan Kuala Penyu (14) yang mana kesemuanya berada di kawasan yang dilanda jerebu teruk.
Menurut Maimunah, penutupan itu melibatkan sejumlah 9,365 orang pelajar sekolah menengah, dan 11,648 pelajar sekolah rendah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Nordin Pauzi ketika dihubungi berkata kawasan yang terjejas dengan jerebu itu adalah disebabkan kes kebakaran terbuka akibat cuaca panas.
Setakat ini, pihak mereka mencatatkan 120 kes kebakaran terbuka bagi bulan April. Jumlah terkini keseluruhan sejak Januari adalah 2,019 kes.
Jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu 1,072 kes dalam tempoh yang sama.
Ketua Penolong Pengarah Kanan JAS Sabah Norazizi Adinan pula ketika dihubungi berkata, sehingga jam 12 tengah hari Sabtu, IPU mencecah 279 di kawasan tersebut tetapi menurun semula ke 120 pada jam 4 pagi Ahad.
Bacaan itu bagaimanapun naik semula hingga 190 pada jam 3 petang Ahad.
Menurut beliau pemantauan bacaan IPU akan diteruskan lagi dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#Beaufort
#jerebu
#kebakaran terbuka
#kuala penyu
#Papar
#Sabah
#sekolah tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan