awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irwan Serigar bukan lagi pengarah BNM

Luqman Hariz
Luqman Hariz
28/05/2018
05:55 MYT
Irwan Serigar bukan lagi pengarah BNM
Mohd Irwan memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sejak 2011. Gambar fail
Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hilang statusnya selaku ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Irwan hilang jawatan tersebut sebaik sahaja beliau berhenti memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa Mohd Irwan dilantik sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah BNM selaku pemegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“Oleh kerana Mohd Irwan tidak lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuatkuasa 14 Mei, 2018, beliau bukan lagi merupakan ahli Lembaga Pengarah BNM berkuatkuasa dari tarikh tersebut,” kata bank pusat itu.
Mohd Irwan memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sejak 2011.
Beliau juga aktif dalam beberapa portfolio lain, termasuk memegang jawatan Pengerusi di Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di samping menjadi penaung the Global Entrepreneurship Movement (GEM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan platform rangkaian kepada usahawan.
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Irwan Serigar
#Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan