awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irwan Serigar terbang bersama Rafale di LIMA 2017

Bernama
Bernama
21/03/2017
15:49 MYT
Irwan Serigar terbang bersama Rafale di LIMA 2017
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (kanan) beramah mesra dengan juruterbang khas pesawat pejuang 'Rafale' dari Perancis sebelum menaiki pesawat itu. - Foto Bernama
Kehadiran pesawat pejuang pelbagai guna buatan Perancis, Rafale, di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi telah membuka peluang kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk menjadi penumpang pesawat berkenaan.
Mohd Irwan yang menyambut hari lahir ke-60 baru-baru ini berkata, kesempatan menaiki jet pejuang tersebut merupakan hadiah hari jadi yang amat bermakna kepadanya.
"Ini adalah kali pertama dalam hidup saya dan saya rasa sangat bangga. Saya amat sukakannya," katanya.
Mohd Irwan berkata, pesawat pejuang berkenaan memiliki teknologi canggih dan pemilikannya sebagai aset pertahanan negara harus dipertimbang kerajaan.
"Rafale merupakan jet pejuang moden dengan teknologi terkini dan canggih, jadi saya harap Kementerian Pertahanan atau kerajaan Malaysia akan memandang serius untuk memiliki jet pejuang sebegini," katanya lagi.
Rafale yang dihasilkan oleh tiga syarikat aeroangkasa Perancis -- Dassault Aviation SA, Safran SA dan Thales Group, merupakan satu daripada jet pejuang yang berminat untuk menggantikan pesawat MiG-29 buatan Russia yang kini digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Pesawat pejuang kebanggaan Perancis itu adalah simbol kekuatan ketenteraan dan keunggulan dalam teknologi pertahanan negara berkenaan.
Teknologi dimiliki pesawat tersebut mampu memastikan kelangsungan sistem pertahanan udara yang mantap sehingga 40 tahun akan datang dan telah menarik minat Mesir, Qatar dan India. - Bernama
Topic Berkaitan
#Ketua Setiausaha Perbendaharaan
#LIMA 2017
#Mohd Irwan Serigar Abdullah
#Perancis
#Rafale
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan