Tutup

'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini

'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini
KUALA LUMPUR: Pindaan kontroversi Akta Pencegahan Jenayah 1959 bakal menjadi tumpuan utama di Parlimen hari ini.

Perbahasan yang hangat dijangka berlaku antara ahli- ahli Parlimen yang akan berhujah samada menyokong atau tidak Rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kedua ini.

Rang undang-undang sudah dikritik sebelum kerana ia membawa kembali penahanan tanpa perbicaraan yang dikatakan menyamai Ordinan Darurat (EO) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebelum itu, di luar Parlimen, badan NGO SUARAM merancang untuk mengadakan bantahan secara aman, iaitu berjalan kaki dari Taman Tasik Perdana ke Parlimen.
Kumpulan itu juga merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam Dewan Rakyat, Ahmad Zahid sendiri dijangka menyampaikan ucapan yang menjelaskan tentang keperluan memperkenalkan dan menggariskan ciri-ciri undang-undang ini.
Pada bacaan kedua rang undang-undang, ahli Parlimen akan membahaskan prinsip-prinsip am undang-undang yang baru dan akan mengadakan undi majoriti mudah.

Rang undang-undang ini kemudian akan melalui ‘peringkat jawatankuasa’ di mana perbahasan tertentu pada semua klausa akan berlaku: ini adalah di mana pindaan kepada rang undang-undang itu akan dibincangkan.

Pada bacaan yang ketiga, satu lagi pusingan undian diadakan dan jika diluluskan ,rang undang-undang akan diambil alih oleh Dewan Negara.

Semua ini boleh berlaku dalam masa satu hari atau berlanjutan ke beberapa hari.

Sewaktu PCA ini dibentangkan untuk kali pertama minggu lalu, Zahid berkata bahawa PCA tidak "zalim ", tetapi sebaliknya ia merupakan satu "transformasi”.

"Kerajaan memberi jaminan bahawa PCA ditujukan seratus peratus hanya penjenayah sahaja. Ia tidak harus dimanipulasi kononnya menyekat, menahan  dan memenjara pihak yang berbeza pendapat dengan kerajaan. Ia adalah untuk mencegah jenayah,” kata Zahid dalam satu forum pada Sabtu.

Zahid dilaporkan telah menyatakan PCA turut mendapat sokongan pembangkang, tetapi sebaliknya kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat menyuarakan kebingungan terhadap undang-undang itu.

Minggu lalu, sejurus udang-undang itu dibentangkan, pengerusi DAP Karpal Singh berkata undang-undang ini sama dengan apa yang ada semasa zaman ISA.

"Penahanan tanpa bicara tidak boleh dibenarkan. Tiada beza antara meletakkan perkara ini di bawah tiga orang dan bukan seorang menteri, " katanya.

Beliau juga tidak setuju bahawa undang-undang ini tidak membolehkan satu semakan kehakiman terhadap apa-apa perintah tahanan.

Pemimpin Pakatan yang lain juga mencadangkan bahawa polis perlu memberi fokus kepada menyelesaikan jenayah melalui sistem keadilan jenayah dan bukannya mengambil ‘jalan mudah’ dengan menggunakan penahanan tanpa perbicaraan.

Selain daripada itu, NGO dan aktivis menyuarakan tentangan yang kuat terhadap pindaan ini, terutama pengembalian tahanan tanpa bicara.

Majlis Peguam, Persatuan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak berkata bahawa undang-undang baru mengaibkan kedaulatan undang-undang dan melanggar hak perlembagaan.

Mereka juga membantah 10 undang-undang lain yang dicadangkan, termasuk cadangan pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan 1950.

Mengikut ketiga-tiga badan itu, apa yang dicadangkan kepada PCA akan membolehkan tahanan tidak perlu dibicara dan juga menidakkan bidang kuasa badan kehakiman.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah berkata pindaan kepada PCA itu "tidak selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia".

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua hari ini dan untuk menjalankan kajian mengenai pindaan yang dicadangkan.

Walaupun Menteri Abdul Rahman Dahlan telah mempertahankan PCA di Twitter, MCA telah menjadi lebih lantang dalam kebimbangannya ke atas kemungkinan penyalahgunaan berlaku.

Pemimpin MCA Datuk Chua Tee Yong berkata bahawa dia disokong mewujudkan satu klausa yang membolehkan satu semakan kehakiman atas tindakan yang dibuat melalui undang-undang ini.

Pada hujung minggu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan tadbir urus, integriti dan ketelusan Datuk Paul Low mempertahankan undang-undang pencegahan.

Low berkata: "Jenayah terancang adalah lebih berbahaya daripada samseng Ia adalah mengenai pengubahan wang haram, penyeludupan manusia, penculikan, perjudian, melanggar undang-undang siber dan banyak perkara lain."