awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isa Samad direman lima hari dalam isu pembelian hotel oleh FIC

Hilal Azmi
Hilal Azmi
16/08/2017
03:58 MYT
Isa Samad direman lima hari dalam isu pembelian hotel oleh FIC
Mohd Isa dikenakan perintah tahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC). -Bernama
Bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad dikenakan perintah tahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC).
Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamaruddin
Beliau direman bagi siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM kerana dipercayai salah guna kedudukan berhubung pembelian hotel di London pada 2014 hingga 2015.
Permohonan reman dibuat Timbalan Pendakwaraya SPRM, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.
Mohd Isa diwakili enam peguam yang diketuai oleh Datuk K.Kumaraendran.
Beliau kelihatan tenang selepas keluar dari prosiding yang dikendalikan Datuk Zainal Abidin Kamarudin, Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya pic.twitter.com/sLSltTU2lc
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) August 16, 2017
Terdahulu, Mohd Isa tiba di pekarangan Mahkamah Putrajaya pada jam 9.08 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memakai pakaian Lokap SPRM dan bergari.
Ketika keluar dari kereta, beliau sempat mengukir senyuman kepada isteri, ahli keluarga serta penyokong yang menunggu sejak jam 8 pagi.
10:00AM hampir 100 orang ahli keluarga dan penyokong hadir memberi sokongan kepada Tan Sri Mohd Isa Samad pic.twitter.com/RMTQm6LphE
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) August 16, 2017
Sepanjang prosiding berlangsung isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid kelihatan sayu dan mengalirkan air mata sambil ditenangkan ahli keluarga.
SPRM pada Selasa menahan Mohd Isa bagi membantu siasatan berhubung pembelian dua buah hotel mewah oleh anak syarikat Felda tersebut.
Dia ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya pada 2.40 petang semalam.
Rumah Mohd Isa turut diserbu pegawai penyiasat susulan penahanannya.
Topic Berkaitan
#FIC
#Isa Samad
#lokap sprm
#pembelian hotel
#reman
#SPRM
#Tahanan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan