awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Bogor saksi penghormatan tertinggi buat Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/06/2018
04:40 MYT
Istana Bogor saksi penghormatan tertinggi buat Tun Mahathir
Dr Mahathir bersalaman dengan Joko Widodo ketika tiba di Istana Bogor hari ini. Turut sama isteri Dr Siti Hasmah dan Iriana. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, diberi sambutan negara oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Presiden di Bogor di sini hari ini.
Isteri Joko Widodo atau dikenali sebagai Jokowi, Iriana Joko Widodo, turut menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh itu.
Perarakan masuk ke perkarangan Istana Presiden bermula dengan kawalan kehormatan berkuda dan pasukan pakaian adat dari Pengaman Presiden.
Ratusan pelajar yang mengenakan pakaian tradisi turut dilihat menyambut kedatangan Dr Mahathir dan isteri sambil mengibarkan bendera Merah Putih dan Jalur Gemilang.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang seiring dengan 19 das tembakan meriam.
Dr Mahathir kemudian memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Pengaman Presiden sebelum diperkenalkan kepada anggota Kabinet Indonesia dan pentadbir kanan republik itu.
Acara paling signifikan apabila kedua-dua pemimpin menanam pokok spesis meranti.
Meranti dipilih kerana berkualiti tinggi, keras dan ringan sekaligus menggambarkan hubungan diplomatik dua negara itu sejak 61 tahun yang lalu.
Kedua-dua pemimpin negara itu kemudian mengadakan perbincangan tertutup sebelum mengadakan kenyataan media bersama.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
#Kenyataan Media
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#perbincangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan