awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri CEO Cradle Fund Nazrin Hassan direman tujuh hari

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2018
06:13 MYT
Isteri CEO Cradle Fund Nazrin Hassan direman tujuh hari
Nazrin meninggal dunia dalam satu kebakaran di kediamannya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 14 Jun lalu. -Gambar fail
Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd hari ini ditahan reman tujuh hari berhubung siasatan kes kematian suaminya, Nazrin Hassan pada 14 Jun lalu.
Wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya sekitar jam 2.15 pagi tadi.
Seorang lagi individu berusia 43 tahun yang merupakan bekas suami kepada isteri Nazrin turut ditahan sekitar jam 1 pagi tadi di Sepang, Selangor.
Polis, menurut satu kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, mendapat perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap kedua-dua individu daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Nazrin dilapor meninggal dunia dalam satu kebakaran di kediamannya selepas sebuah telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau di sisi katil dipercayai meletup semasa sedang dicas semalaman.
BACA: CEO Cradle Fund maut dalam kebakaran
BACA: Jenazah Nazrin Hassan selamat dikebumi
Kebakaran melibatkan bilik tidur utama di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Mutiara Damansara di Petaling Jaya.
Isteri dan empat anak mangsa yang berada di tingkat bawah bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
Pada 3 Ogos lalu, kes kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Cradle Fund Sdn Bhd
#kebakaran
#meninggal dunia
#Nazrin Hassan
#pengecas
#polis
#reman
#samirah muzaffar
#siasatan
#Telefon bimbit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan