Isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Azizah Hamdi meninggal dunia akibat barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Menurut Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, Azizah, 58, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.02 malam tadi.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, jenazah Azizah akan dibawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor malam ini untuk disempurnakan sebelum dibawa ke kampung halaman di Rapat Jaya, Ipoh untuk upacara pengebumian pada jam 9 pagi esok.