awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima pada 23 Mac depan

Bernama
Bernama
05/01/2015
12:09 MYT
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima pada 23 Mac depan
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima pada 23 Mac depan
Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden akan diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac ini, kata Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.
Beliau berkata bersempena kemahkotaan itu, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi gelaran baharu kepada isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
Beliau berkata 23 Mac juga diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri Johor tahun ini, untuk memberi peluang kepada rakyat agar sama-sama meraikan hari kemahkotaan tersebut.
"Bagi menyerikan istiadat kemahkotaan itu, sekurang-kurangnya sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan akan diadakan bermula 16 Mac ini dan sambutan dijangka berlangsung selama tiga bulan," katanya kepada pemberita di Pejabat Jumaah Majlis Diraja Johor, di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Datuk Abdul Latiff Yusof.
Abdul Rahim berkata istiadat kemahkotaan itu amat istimewa memandangkan kali terakhir istiadat itu diadakan adalah pada 55 tahun yang lepas.
"Istiadat kemahkotaan tuanku adalah eksklusif tetapi mengandungi ciri-ciri yang pernah diperlakukan dalam istiadat sebelumnya bagi mengekalkan dan memperkayakan budaya istana," katanya.
Beliau berkata kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan ialah pada 10 Feb 1960 ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dimahkotakan.
Sempena istiadat itu, Abdul Rahim berkata setem pos yang direka khas untuk kemahkotaan dalam denominasi 60 sen, 80 sen dan RM1 serta sampul surat hari pertama kemahkotaan akan dicetak dan dijual oleh Pos Malaysia mulai 23 Mac.
Medallion emas bersempena kemahkotaan itu juga akan dijual oleh Bank Negara, katanya.
Lebih 30,000 rakyat dijangka menyaksikan istiadat kemahkotaan yang akan disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen terpilih dan juga skrin besar di Dataran Bandaraya Johor Baharu, katanya.
Topic Berkaitan
#Permaisuri Johor
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan