Ketika tarikh perkahwinan diraja Johor semakin menghampiri, mula timbul persoalan siapa yang akan berada dalam senarai jemputan ke majlis eksklusif itu nanti.
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini.
Senarai tetamu difahami akan didominasi oleh nama-nama kerabat diraja, ahli-ahli politik, pegawai kanan kerajaan negeri dan ahli perniagaan terkemuka.
Namun dalam kalangan mereka terdapat juga sekumpulan individu yang mempunyai tempatistimewa di hati puteri tunggal Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu - kakitangan istana yang menjaga dan berada di samping beliau sejak zaman kanak-kanak.
Ini termasuk pelatih kuda yang mengajar Tunku Aminah menunggang kuda, pemandu yang membawanya ke sekolah dan anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) serta pengawal peribadi yang melindungi keluarga diraja tersebut.
"Saya membesar bersama orang-orang ini dan mereka sangat istimewa buat saya. Saya mahu mereka semua berada di hari perkahwinan untuk berkongsi kebahagiaan saya," kata puteri itu kepada Royal Press Office.
Temu bual Tunku Aminah itu kemudian dikeluarkan kepada media menerusi Royal Press Office yang merupakan pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor.
Tunku Tun Aminah, satu-satunya anak perempuan Sultan dan Permaisuri Johor, membesar dengan lima adik-beradik lelaki di Istana Pasir Pelangi.
"Pemandu-pemandu dan pengawal peribadi yang menghantar saya akan sering mengingatkan bahawa saya adalah satu-satunya puteri tuanku Sultan, dan menasihatkan saya untuk menjadi seorang yang baik.
"Setiap petang selepas sekolah, saya bersama adik-beradik saya akan pergi bermain dengan pelatih-pelatih kuda dan menjamu selera di warung yang disediakan untuk mereka.
"Selain pelatih-pelatih kuda, saya juga akan menjemput kakitangan istana lain yang menjaga kami. Mereka adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya dan telah mengajar saya nilai-nilai untuk berkhidmat dengan berdedikasi, kesetiaan dan kebaikan," kata Tunku Aminah.
Sebagai hadiah sempena perkahwinan itu, kakitangan yang sudah lama berkhidmat akan menerima cendera hati khas yang direka sendiri oleh puteri Sultan Johor itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2017
Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.