Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini mempunyai signifikan tersendiri bukan sahaja bagi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, Istana Negara komited dan berazam menjadikan istiadat kali ini suatu acara mengabadikan detik-detik indah yang akan dikenang Seri Paduka berdua sampai bila-bila.
Katanya, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai pengalaman berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan kedua-dua ayahanda dan ayahanda mentua iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Lantaran itu, katanya, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai harapan dan impian tersendiri pada istiadat gilang gemilang mengikut warisan Kesultanan Melayu, di samping mahu mengembalikan nostalgia istiadat pertabalan paduka ayahanda Seri Paduka berdua.
"Kami di pihak Istana Negara berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi hasrat dan impian Tuanku kerana saya pun tahu Tuanku melakukan perkara ini bukan untuk baginda tetapi adalah untuk negara supaya Malaysia dipandang sebagai negara bermaruah dan penuh dengan adat istiadat," katanya kepada Bernama.
Antara permintaan Seri Paduka ialah supaya pihak Istana Negara mendapatkan semula takhta singgahsana tempat bersemayam kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
"Dengan bantuan Kementerian Pelancongan dan pihak Muzium Negara, kita dapatkan semua singgahsana yang pernah menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, dan kita dapatkan sekali bingkisan sejarahnya seperti siapa yang bersemayam di situ, bila digunakan dan di mana.
"Jadi apabila kita membuat retrospeksi dan membuat kajian, kita akhirnya jumpa singgahsana tempat bersemayam Almarhum Paduka Ayahanda Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong semasa ditabalkan, dan kita sedang membuat pembaikan (ke atas singgahsana tersebut)," katanya.
Selain itu, Azuan Effendy berkata, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melibatkan diri secara aktif dalam menyuntik idea dan memperincikan persiapan Istiadat Pertabalan.
Beliau berkata, banyak perkara seperti rekaan kad jemputan, cenderahati dan buku program selain pemilihan pakaian seperti songket dan tengkolok pegawai istiadat ditentukan oleh Seri Paduka berdua secara terperinci.
"Ini menggambarkan bagaimana seriusnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk sama-sama memastikan bahawa Istiadat Pertabalan kali ini menjadi satu Istiadat Pertabalan yang akan dikenang sampai bila-bila," katanya.
Azuan Effendy berkata, walaupun beliau menggalas tugas penting memimpin Istiadat Pertabalan yang akan menjadi tumpuan masyarakat di kaca televisyen, tanggungjawab petugas lain seperti penyelia makanan dan penyedia logistik jauh lebih berat dan mencabar.
Katanya, persiapan Istiadat Pertabalan adalah satu kerja berpasukan melibatkan ribuan petugas yang bertungkus-lumus memastikan majlis tersebut berjaya.
"Cuma apabila semakin hari semakin dekat (dengan Hari Pertabalan) maka kita rasa semakin tertekan kerana sebenarnya banyak perkara yang kecil-kecil yang terlepas pandang, jadi kita rasa seperti tidak cukup masa. Tapi macam mana pun kita kena pastikan ia dapat diatasi dan dipastikan berjalan dengan lancar," katanya.
Ini adalah kali kedua beliau memimpin istiadat selepas kali pertama menggalas tanggungjawab itu semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selain berpengalaman terlibat dalam persiapan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2019
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melibatkan diri secara aktif dalam menyuntik idea dan memperincikan persiapan Istiadat Pertabalan. - Gambar Istana Negara
AWANI 7:45 [19/03/2024] - Titah tindakan paling keras | Tangani isu beras | Had laju kekal
- Isu kalimah Allah: Agong murka, TMJ gesa tindakan tegas.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.68 mata kepada 1,544.96 daripada 1,553.64 semasa ditutup pada Isnin.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.
Keberanian PM dalam isu Palestin wajar disokong dan dicontohi - YADIM
Sikap mempertahankan hak rakyat Palestin di persada dunia yang diperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diikuti oleh para pemimpin negara ini tanpa mengira parti.
Polis akan panggil pengusaha KK Mart
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengusaha kedai serbaneka KK Mart yang menjual stoking bertulis kalimah Allah.
Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
MTDC dan Ideasparq Robotics perkenal teknologi robot pembersihan masjid
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Ideasparq Robotics Sdn Bhd melancarkan program mengimarahkan institusi masjid dengan penggunaan teknologi melalui perkenalan robot pembersihan buatan tempatan.
Istiadat Pertabalan Agong ke-16 mempunyai signifikan tersendiri
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini mempunyai signifikan tersendiri, bukan sahaja bagi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong
Air mata Agong lambang kasih seorang anakanda
Suasana bertambah sebak apabila baginda memeluk kekanda-kekanda baginda di hadapan jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Sultan Abu Bakar.