MALAYSIA
Selesaikan isu 1MDB untuk pulihkan ringgit - Zeti

ZETI: Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik.
Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memulihkan ringgit agar ekonomi terus berkembang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
"Kita tidak perlukan apa-apa lagi skandal. Kita tidak perlukan ketidaktentuan politik.
"Apabila kesemua isu berkenaan 1MDB diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan pemulihan ringgit," kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa Bank Negara telah menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB.
Beliau turut mengakui sentimen pelabur asing terhadap situasi negara kini penting untuk pertumbuhan ekonomi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami