awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 1MDB: Najib bakal ambil tindakan terhadap WSJ

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2015
02:51 MYT
Isu 1MDB: Najib bakal ambil tindakan terhadap WSJ
Najib bakal ambil tindakan terhadap WSJ
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ), lapor Sinar Harian hari ini.
Najib dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang itu berikutan laporan mengatakan terdapat syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyalurkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi beliau.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, laporan tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jenayah.
“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.
“Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” Khairun Aseh dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Akhbar kewangan antarabangsa, WSJ dalam laporannya mendedahkan apa yang dikatakan sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia yang kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.
Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen daripada siasatan kerajaan yang diperoleh akhbar itu dan laman web Sarawak Report.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Tun Razak
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan