Isu pembelian banglo Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town dekat sini bukan sengaja dibangkitkan oleh UMNO atau Barisan Nasional (BN) untuk 'menyerang' ketua menteri itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata isu itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak lain dan bukannya Lim semata-mata.
"Datuk Shabudin bertanya untuk mendapatkan jawapan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) berhubung penjualan banglo yang didakwa murah berbanding harga pasaran.
"Beliau (Shabudin) tidak menyerang Lim secara peribadi sebaliknya ingin tahu dan mendapat penjelasan. Saya berpendapat Ketua Menteri juga harus tampil dan menjawab perkara itu," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow yang mendakwa isu pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis adalah serangan peribadi.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas dan Timbalan Menteri Luar berkata Lim perlu tampil dan memberi penjelasan berhubung isu banglo itu kerana rakyat Pulau Pinang juga mahukan jawapan daripadanya.
"Bagi saya, perkara ini membangkitkan tiga perkara yang jelas perlu dijawab sendiri oleh Lim iaitu yang pertama apakah pembelian di bawah harga pasaran ini benar berlaku atau sebaliknya.
"Kedua secara tidak langsung, pembelian ini adalah suatu yang luar biasa dan perlukan penjelasan daripada pihak-pihak terlibat manakala yang terakhir apakah pembelian luar biasa ini mengikut undang-undang dan tidak mempunyai agenda lain," katanya.
Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang meminta JPPH membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Anggota Parlimen Bagan itu sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.
Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Bernama
Sun Mar 27 2016
REEZAL: Saya berpendapat ketua menteri juga harus tampil dan menjawab perkara itu. -Gambar fail
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im
Persidangan itu akan menjadi wadah bagi membincangkan peranan pemimpin agama dunia dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
AWANI 7:45 [30/04/2024] – SPRM ambil keterangan MB Perlis | Buru tanpa kompromi | PM minta negara Arab tegas
- SPRM ambil keterangan MB Perlis, kes salah guna kuasa
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim Zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di Hospital Al-Emirati di Rafah.
AWANI Ringkas: Culan bayar cukai LHDN | Penjenamaan semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kontrak Projek Central Spine Road bernilai RM232 juta diberi kepada Nepturis - Saksi
Berkenaan projek-projek di bawah program Jana Wibawa, Mohamed Fauzi memaklumkan pihak KKR tidak menentukan sebarang projek untuk dimasukkan ke dalam program berkenaan.
Isu banglo: Bukan untuk 'serang' Ketua Menteri Pulau Pinang - Reezal Merican
Isu itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak lain dan bukannya Lim semata-mata.