Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Isu diserang kata-kata kesat: Saya wakil rakyat kental - Norhizam

Isu diserang kata-kata kesat: Saya wakil rakyat kental - Norhizam
NORHIZAM (kiri): "Pada mulanya saya hanya duduk mendiamkan diri apabila Datuk Seri Idris Haron mempertikaikan kedudukan Speaker, Datuk Omar Jaafar sehinga tiba-tiba ada suara-suara sumbang yang cuba memulakan provokasi terhadap saya." - Gambar fail
MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata wakil rakyat pembangkang sengaja mencari peluang menyerang dirinya ketika Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 yang berlangsung hari ini.

 

Beliau mengakui terkejut apabila di tengah-tengah ketegangan susulan cadangan pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker, dia secara tiba-tiba dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh beberapa wakil rakyat pembangkang yang mendakwa dirinya ‘barua’, ‘babi’ dan 'pengkhianat'.

 

“Pada mulanya saya hanya duduk mendiamkan diri apabila Datuk Seri Idris Haron mempertikaikan kedudukan Speaker, Datuk Omar Jaafar sehinga tiba-tiba ada suara-suara sumbang yang cuba memulakan provokasi terhadap saya.

 

“Kumpulan mereka (pembangkang) kemudian melabel saya sebagai 'barua', 'babi' dan 'pengkhianat' dan saya hanya cuba mempertahankan diri sahaja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Mengulas mengenai video berdurasi 1.10 saat memaparkan beliau bertegang leher dengan beberapa ADUN pembangkang itu jelasnya, beliau kecewa apabila klip video berkenaan memperlihatkan seolah-olah dia sengaja menghangatkan lagi suasana.


“Saya kecewalah macam mana video yang seolah-olah saya yang membuat provokasi itu boleh tular, sedangkan saya hanya mendiamkan diri dan diprovokasi.


“Tetapi sebagai wakil rakyat yang bersemangat kental, isu video tular ni sudah biasa pada saya. Saya percaya apa pun bentuk video yang keluar, akhirnya rakyat tahu saya seorang wakil rakyat yang bekerja,” tambahnya.

Terdahulu, Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Melaka ke-14 kecoh sehingga terpaksa ditangguhkan susulan berlaku pertikaman lidah gara-gara cadangan pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker sedia ada.

Selepas kira-kira 45 minit kemudian, persidangan itu diteruskan tanpa kehadiran wakil pembangkang dan juga Speaker, Datuk Omar Jaafar serta Timbalan Speaker Datuk Wong Fort Pin.
 





Tag: Idris Haron, ADUN, Cuba, pembangkang, rakyat, Norhizam Hassan Baktee, Sidang DUN Melaka



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.