awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu elaun kritikal bomba dapat perhatian Agong

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/07/2019
05:32 MYT
Isu elaun kritikal bomba dapat perhatian Agong
Al-Sultan Abdullah menerima tabik hormat dan menyaksikan perarakan perbarisan oleh 35 kontinjen dengan 79 unit jentera melibatkan lebih 1, 551 orang peserta. - Bernama
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan elaun kritikal kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap nasib anggota bomba dalam isu pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan yang sehingga kini belum dapat dimuktamadkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin kepada media selepas berjumpa dengan Al-Sultan Abdullah semasa Majlis Sambutan Hari Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka, pada Sabtu.
"Yang di-Pertuan Agong tadi ada tanya kepada saya macam mana elaun kritikal? Saya kata belum lagi dapat diluluskan.
"Jadi Baginda meminta satu kertas ringkas untuk dibentangkan kepadanya, Baginda juga mungkin hendak mainkan peranan kerana beliau melihat anggota bomba adakah barisan hadapan.
"Jadi semoga dengan adanya cadangan atau sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan akan dapat mempertimbangkan untuk meluluskan elaun kritikal ini dan kita akan hantar kertas kerja ini secepat mungkin pada minggu depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat majlis tersebut.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah dan isteri, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat merasmikan majlis yang bertemakan 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara'.
Sejurus tiba kira-kira 9 pagi, Al-Sultan Abdullah menerima tabik hormat dan menyaksikan perarakan perbarisan oleh 35 kontinjen dengan 79 unit jentera melibatkan lebih 1, 551 orang peserta.
Sebelum ini, Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid turut telah menyuarakan hasrat supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 kepada anggota JBPM.
Bagaimanapun, sebelum ini Zuraida berkata kementeriannya sedang menunggu kata putus dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pemberian elaun khas itu yang sudah beberapa kali diusulkan, sekali gus bakal memberi manfaat kepada lebih 14,000 anggota bomba di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#anggota bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Permaisuri Agong
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan