awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu gambar Tun Mahathir: Buku bukan terbitan Kementerian Pendidikan

Bernama
Bernama
24/08/2017
14:15 MYT
Isu gambar Tun Mahathir: Buku bukan terbitan Kementerian Pendidikan
Foto yang tular di media sosial, mengenai gambar TUn Dr Mahathir yang tidak disenaraikan sebagai Perdana Menteri Malaysia. - Sumber: Media sosial
Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan telah mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.
Kementerian itu berkata buku yang tular di media sosial tersebut bukan terbitan kementerian.
"Kementerian Pendidikan ingin menyatakan rasa kesal terhadap tuduhan berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Susulan itu, katanya KPM telah membuat laporan polis bagi mengambil tindakan terhadap penerbit buku tersebut dan pihak yang telah memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial.
KPM turut memohon kepada pengguna media sosial supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut agar ia tidak menjadi polemik yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia.
KPM menegaskan setiap penulisan buku teks kementerian adalah berdasarkan dokumen kurikulum dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau tempoh berkenaan.
KPM juga menegaskan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah supaya menanggalkan gambar Perdana Menteri Malaysia keempat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Buku
#gambar mahathir
#Kementerian Pendidikan
#Mahathir Mohamad
#Pendidikan Sivik
#Tingkatan 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan