UMNO Perak mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mencabul Perlembagaan Persekutuan dengan memberikan hak milik 999 tahun untuk tanah di kampung-kampung baru.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata langkah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke 73.
Beliau mengingatkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa tempoh pajakan bagi kampung-kampung baru tidak boleh melebihi 99 tahun.
Ketetapan ini, menurut Ketua Pembangkang Dewan Negeri itu lagi, adalah di bawah Seksyen 76(aa) (iii) Kanun Tanah Negara 1965.
"Menteri Besar hendaklah bertindak mengikut lunas serta semangat Perlembagaan serta mematuhi ketetapan Kanun Tanah Negara bagi memastikan kestabilan negeri ini," katanya.
Saarani berkata, janganlah hanya kerana "permainan serta kepentingan politik" kerajaan negeri sanggup mencabul perlembagaan dan melanggar prinsip perundangan.
Beliau juga menyifatkan DAP bermain sentimen kaum dan menekan Menteri Besar dengan terus-menerus memainkan isu hak milik 999 untuk Kampung Baru.
"Banyak lagi janji manifesto Pakatan Harapan yang mempunyai keutamaan yang belum dipenuhi, termasuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak serta memberikan pendidikan percuma.
"Mengapa hanya janji hak milik tanah 999 yang terus menerus dibangkitkan," tambahnya.
Apatah lagi, kata Saarani, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkali-kali menyatakan "manifesto bukan kitab suci".
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan DAP supaya kerajaan negeri memberikan hak milik tanah 999 tahun seperti yang dibangkitkan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen DAP Perak.
Saarani berkata, langkah Nga menayangkan klip video yang menunjukkan Ahmad Faizal berucap membacakan tawaran Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan satu ucapan selepas PRU14, iaitu ketika sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak, jelas menunjukkan DAP sedang menekan Menteri Besar itu.
Beliau menambah, perkara ini jelas menunjukkan DAP sebuah parti chauvinis perkauman yang hanya mementingkan satu kaum sahaja dan menidakkan hak kaum-kaum lain.
Aida Aziz
Wed Dec 04 2019
Saarani berkata, janganlah hanya kerana 'permainan serta kepentingan politik' kerajaan negeri sanggup mencabul perlembagaan dan melanggar prinsip perundangan. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Pemberian hak milik kekal tanah bidang kuasa pihak berkuasa negeri - Aziz Bari
Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, perkara itu jelas disebut di dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara.
Isu hak milik tanah 999 tahun: Jangan cabul perlembagaan - UMNO Perak
Langkah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke 73.
DAP Perak nafi beri tekanan kepada MB
Nga Kor Ming mendakwa hubungan DAP dengan Ahmad Faizal berada dalam keadaan baik dan bekerja sebagai satu pasukan serta saling hormat menghormati.