Masalah kekurangan tenaga buruh di Cameron Highlands ketika ini berada di tahap membimbangkan selain memerlukan perhatian serius kerajaan.
Penyelaras Parlimen Cameron Highlands, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, kajian dan analisis perlu dilakukan pihak berwajib berkaitan masalah itu dalam mencari jalan penyelesaian segera.
"Kekurangan 50 peratus tenaga buruh pada ketika ini akan memberikan kesan besar kepada produktiviti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) membabitkan kawasan Cameron Highlands yang terkenal dengan sumber ekonomi berasaskan pertanian dan pelancongan.
"Ada kajian mendapati, Cameron Highlands kini menyumbang kira-kira RM5 bilion kepada KDNK.
"Kerajaan dan pihak berwajib perlu memastikan kawasan ini terus mendapati perhatian dan masalah kekurangan tenaga buruh dapat diatasi dan tidak berulang pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Iktiraf usaha kerajaan beri permit kepada pekerja - Ahmad Zahid
TONTON: 9 fakta menarik tentang Cameron Highlands
Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan keluhan wakil Persatuan Koperasi Pertanian Cameron Highlands, Wong Seng Yee yang memberitahu, kekurangan tenaga kerja di Cameron Highlands mengancam sektor pertanian.
Jelas Seng Yee, ia boleh menyebabkan kerugian kepada petani dan kenaikan harga sayur-sayuran.
"Walaupun kekurangan tenaga kerja itu adalah biasa, namun kali ini ia lebih teruk di mana kekurangan tenaga kerja adalah kira-kira 50 peratus.
"Petani menghadapi masalah teruk di pasaran dan masalah pengeluaran, terutama mereka yang mengeksport produk mereka.
"Kekurangan tenaga kerja menangguhkan penuaian dan penanaman semula, dengan itu mengurangkan hasil, yang bermaksud mereka tidak dapat memenuhi kewajiban kontrak mereka," katanya.
Dalam pada itu tegas Sivarraajh yang juga Ketua Pemuda MIC, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengkaji semula nisbah berkaitan pembahagian tenaga buruh bagi setiap hektar di seluruh negara khususnya di Cameron Highlands.
"Ketika ini, nisbah enam pekerja atau tenaga buruh bagi satu hektar (6 pekerja: 1 hektar) adalah tidak mencukupi dalam meningkatkan produktiviti tenaga yang kompetitif sekali gus menjejaskan hasil pertanian.
"Nisbah itu seharusnya ditingkatkan kepada 12 tenaga buruh bagi satu hektar. Peningkatan ini akan memberi nilai dalam menambahkan hasil pertanian dan perladangan yang lebih besar," ujarnya.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan negara merekodkan peningkatan produktiviti buruh sebanyak 4.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini disumbangkan oleh empat sektor utama iaitu pertanian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.
Jelas Datuk Seri Najib, pencapaian tersebut lebih tinggi daripada sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7 peratus yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Datuk Seri Najib juga memberitahu, secara keseluruhannya pencapaian produktiviti buruh setakat ini memberangsangkan dan selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ekonomi yang didorong oleh produktiviti.
Astro Awani
Tue Jan 23 2018
SIVARRAAJH: Kajian dan analisis perlu dilakukan pihak berwajib berkaitan kekurangan tenaga buruh di Cameron Highlands. - Gambar Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.