awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kewarganegaraan pemegang MyKas, MyPR perlu segera diselesaikan

Bernama
Bernama
27/07/2018
05:42 MYT
Isu kewarganegaraan pemegang MyKas, MyPR perlu segera diselesaikan
Hingga kini, terdapat lebih kurang 75,000 penduduk asli Sarawak yang memegang MyKas dan 3,000 pemegang MyPR di seluruh negeri. - Gambar hiasan
Kerajaan diminta segera menyelesaikan isu kewarganegaraan penduduk asli yang menjadi pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) dan Pemastautin Tetap (MyPR) di Sarawak.
Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata hingga kini, terdapat lebih kurang 75,000 penduduk asli Sarawak yang memegang MyKas dan 3,000 pemegang MyPR di seluruh negeri.
"Ada antara mereka tinggal di pedalaman, tidak mempunyai akses untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara dan kurang kesedaran pada masa dahulu menyebabkan mereka lambat mendaftar sebagai warganegara.
"Jadi mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan sebagainya yang seterusnya menjadikan mereka stateless (tiada kerakyatan) atau pemegang MyKas dan MyPR," katanya pada program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) malam tadi.
Beliau berkata di kawasan Puncak Borneo, 70 peratus daripadanya adalah pedalaman yang terjajar hingga sempadan Indonesia, yang mana keadaan itu menyukarkan penduduk untuk ke bandar bagi proses permohonan kewarganegaraan.
Sementara itu beliau juga mencadangkan kerajaan merekrut dan melatih penduduk tempatan Sarawak sebagai persediaan menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan agensi kerajaan, seiring dengan proses Borneonisasi yang termaktub menerusi Perjanjian Malaysia 1963.
"Walaupun kita sudah bersedia untuk memberikan jawatan-jawatan tinggi di jabatan dan agensi kerajaan kepada penduduk tempatan tetapi sekiranya dari segi sumber manusia mereka tidak bersedia, ia boleh menjadi masalah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Puncak Borneo
#isu kewarganegaraan
#kerajaan
#MyKas
#penduduk asli
#Willie Mongin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan