awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu liwat 2: Siapa kata 'roadshow', ia cuma penerangan tertutup - Jamawi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/03/2015
04:40 MYT
Isu liwat 2: Siapa kata 'roadshow', ia cuma penerangan tertutup - Jamawi
JAMAWI: Namanya juga bukan 'roadshow' kerana kita tidak ke semua negeri. Apa guna hendak memberi publisiti percuma kepada pesalah yang sudah dihukum penjara itu. -Gambar fail
Pergerakan Pemuda UMNO menafikan sesi penerangan oleh pendakwa raya Tan Sri Shafee Abdullah mengenai kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibuat secara besar-besaran, selain diadakan di seluruh negara.
Ketua Penerangan Pemuda, Jamawi Jaafar berkata, ia juga bukan 'roadshow' seperti didakwa sesetengah pihak selain menafikan publisiti selepas ini akan dibuat secara besar-besaran.
"Sesi terbuka hanya di Kelana Jaya dan di Permatang Pauh sebelum ini. Ia juga sesi terakhir secara terbuka dan sebagai 'kickstart' sebelum sesi tertutup selepas ini.
"Namanya juga bukan 'roadshow' kerana kita tidak ke semua negeri. Apa guna hendak memberi publisiti percuma kepada pesalah yang sudah dihukum penjara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jamawi mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mempertikai sesi penerangan Pemuda bersama Shafee yang disifatkan hanya bakal membangkitkan ulasan-ulasan liar dan jawapan balas berbentuk negatif.
Dalam pada itu kata Jamawi, pihaknya sedia memberi penerangan kepada mana-mana pihak yang mahu penjelasan dilakukan dalam skala yang lebih kecil.
"Seandainya bukan Shafee, kita juga mempunyai barisan peguam yang berpengalaman yang sedia memberi penerangan jika diperlukan.
"Apa yang penting ahli-ahli UMNO sendiri faham situasi yang berlaku dan apa yang kita sampaikan adalah fakta yang sudah tersimpan selama lebih enam tahun, jadi tidak salah kita memberitahu cerita sebenar kepada rakyat," katanya.
Sebelum ini, seorang exco Pemuda tampil untuk mempertahankan langkah sayap itu menganjurkan forum awam yang menerangkan tentang sabitan liwat terhadap Anwar.
Kata exco tersebut, forum yang menampilkan Shafee bertujuan menolak tuduhan bahawa UMNO adalah dalang di sebalik kejatuhan politik Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#jamawi
#liwat
#pemuda
#roadshow
#sesi penerangan
#Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan