MALAYSIA
Isu LTTE: Polis sila tumpu pada siasatan, jangan putar belit kenyataan pemimpin negara - Guan Eng

Menteri Kewangan itu berkata, tindakan itu dirasakan lebih wajar daripada polis mengeluarkan kenyataan yang dirasakan memberi persepsi yang salah terhadap kenyataan beliau tempoh hari. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).
Menteri Kewangan itu berkata, tindakan itu dirasakan lebih wajar daripada polis mengeluarkan kenyataan yang dirasakan memberi persepsi yang salah terhadap kenyataan beliau tempoh hari.
Guan Eng berkata demikian susulan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan beliau (Ayob) bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang akan ditahan lagi.
“Kenyataan saya ialah wakil rakyat. Sekiranya masih ada wakil rakyat yang ditahan itu bermakna saya diberikan pandangan yang tidak betul. Tapi biarlah kita tumpukan kepada siasatan supaya dapat cepat diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Pada 10 Oktober lepas, seramai tujuh individu - termasuk dua wakil rakyat dari DAP - ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti LTTE.
Selain ADUN Gadek, G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, dua lagi ahli DAP yang ditahan di bawah akta yang sama ialah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka serta ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami