Kerajaan perlu segera mengeluarkan kenyataan untuk menjernihkan ketegangan antara India bagi memastikan negara itu akan kekal membeli minyak sawit dari Malaysia.
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan, ia perlu sebagai usaha agar India tidak beralih membeli bahan mentah itu daripada Indonesia.
Jelas Pengerusi UMNO Kelantan itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu dengan segera berhubung dengan Perdana Menteri India agar satu kenyataan bersama dibuat bagi meredakan spekulasi yang sedang berlaku di dalam media dan rakyat negara itu sendiri.
"Cuba bayangkan jika India menghentikan pembelian minyak sawit kita pada bulan November dan Disember akan datang ini. Terdapat lebihan sebanyak 866,000 tan minyak sawit yang bakal tidak terjual. Ke mana minyak sawit ini akan dijual?
"Maka dengan sendirinya penawaran melebihi permintaan akan menyebabkan harga sawit kita akan terus menurun, dan yang terkesan adalah pekebun kecil dan juga syarikat yang mengusahakan ladang sawit.
"Dengan sendirinya ia akan merencatkan pertumbuhan KDNK kita pada suku keempat tahun ini dan kesan ini akan berlarutan sehingga tahun depan," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, peningkatan import minyak olein sawit yang begitu tinggi menimbulkan kebimbangan kepada pihak industri penapisan minyak sayuran India.
Tambahnya, pihak berkenaan secara berterusan juga telah menggesa agar kerajaan negara itu meningkatkan duti import ke atas minyak olein sawit bertapis dari Malaysia untuk melindungi kepentingan industri penapisan minyak sayuran India.
Dalam pada itu, tegas Ahmad Jazlan, kerajaan perlu menyenaraikan langkah persediaan jika perkara itu benar-benar berlaku selain tidak hanya senyap berkenaan isu berkenaan.
"Malaysia adalah rakan dagang ke-10 terbesar India. Malaysia mendapat hasil sebanyak AS$1.8 bilion dari jualan minyak sawit ke India.
"Hasil dagangan dengan India, trade surplus Malaysia adalah sebanyak AS$5 bilion. Jika Dr Mahathir berterusan memihak kepada Pakistan dan campur tangan di dalam konflik India-Pakistan, mereka tidak teragak-agak untuk buat tindakan drastik termasuk menghentikan sepenuhnya import sawit," jelasnya.
Berdasarkan data Lembaga Minyak Sawit Malaysia, dalam sembilan bulan pertama 2019, India membeli 3.9 juta tan minyak sawit Malaysia, dengan import bulanan sebanyak 433,000 tan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 22 2019
Dalam sembilan bulan pertama 2019, India membeli 3.9 juta tan minyak sawit Malaysia, dengan import bulanan sebanyak 433,000 tan. - Gambar fail
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Hail Amir penyanyi yang tidak melupakan komposernya
Allahyarham Datuk Hail Amir atau Abdul Hail Amir disifatkan sebagai penyanyi malas segar yang tidak pernah lupa menyebut nama komposer yang pernah menulis lagu untuknya di pentas.
PRK KKB: Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 11 pagi selasa.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
Ahmad Fayhsal umum lepas jawatan Ketua Armada Bersatu
Keputusan tersebut diambil susulan beliau telah melebihi umur yang sah untuk menerajui sayap parti itu.
Ahmad Jazlan dilantik pengerusi baharu Felcra Berhad
Felcra Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa semalam.
Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
Ahmad Jazlan umum letak jawatan Pengerusi MPOB
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa Rabu ini.
Isu minyak sawit: Keluarkan kenyataan reda ketegangan dengan India - Ahmad Jazlan
Kerajaan perlu segera mengeluarkan kenyataan untuk menjernihkan ketegangan antara India bagi memastikan negara itu akan kekal membeli minyak sawit dari Malaysia.