Kerajaan Malaysia bertegas tidak akan membiarkan negara ini terus diperbudak-budakkan oleh sesetengah negara dari Kesatuan Eropah (EU) dalam hal berkaitan industri minyak sawit negara, kata Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Beliau berkata, Malaysia tegas akan memperjuangkan komoditi itu kerana ia merupakan antara hasil utama negara, serta melibatkan ramai pekerja di negara ini.
“Kita anggap ini jihad melawan negative perception (persepsi negatif), dan kita tak lawan tanpa parameter jelas. Kita telah beri penjelasan kepada masyarakat, kepada pengguna bahawa minyak sawit keluaran negara ini sihat dan sebagainya, malah kita pun sedang rancak mengatur misi perdagangan ke negara yang ada potensi pemasaran.
"Saya percaya Tun (perdana menteri) telah punyai strategi yang dirancang, dan tentunya ia bermula dengan surat, bagi menjelaskan pendirian Malaysia,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini," katanya lagi.
Beliau ditemui pemberita selepas selesai merasmikan Seminar Semakan dan Unjuran Ekonomi Minyak Kelapa Sawit hari ini.
Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar satu surat bantahan kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron sebagai membantah keputusan negara itu tidak mengiktiraf minyak sawit sebagai sumber penghasilan biodiesel.
Keputusan Perancis yang ditentukan dalam bajetnya pada Disember 2018 turut akan menghentikan insentif cukai bagi minyak sawit menjelang tahun 2020.
Sementara itu, Shamsul Iskandar, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, kerajaan turut kesal dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyamakan pemasaran minyak kelapa sawit sama dengan tembakau dan alkohol.
“Kita merasa terkesan dengan kenyataan tersebut, because it’s not true. WHO tidak meneliti kajian yang telah dibuat kerana sebagai badan dunia, saya fikir WHO perlu lebih profesional dengan ambil kira dan kaji semua kajian yang menunjukkan bagaimana minyak sawit kita sihat.
“Mengenai perkara ini sudah tentu kita akan guna kesemua saluran yang ada untuk mendesak WHO perbetulkan laporan yang dibuat,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Jan 17 2019
Malaysia tegas akan memperjuangkan industri kelapa sawit kerana ia merupakan antara hasil utama negara, serta melibatkan ramai pekerja di negara ini, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.