awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Musa: Sabah serah kepada pihak berkuasa

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
22/08/2018
06:58 MYT
Isu Musa: Sabah serah kepada pihak berkuasa
Siasatan akan dijalankan oleh PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuat ke atas Musa. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Kerajaan Negeri Sabah akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata, siasatan akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuat ke atas Musa.
"Sebagai seorang warga negara Malaysia, Musa yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Sabah haruslah berdepan dengan segala pertuduhan yang telah dikenakan terhadap beliau mengikut undang-undang yang ditetapkan.
"Jadi, kepulangan beliau (Musa) tidak ada masalah untuk kita kerana setiap warga negara berhak balik. Tetapi beliau haruslah berdepan dengan perbicaraan justeru kita meminta agar PDRM dan SPRM jalankan siasatan yang sewajar dan sejujurnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Sumbangan Haiwan Korban dan Sumbangan kepada Fakir Miskin di Kampung Lagud, Tenom.
Dalam pada itu, mengulas mengenai 100 hari pemerintahan dibawah tampuk kepimpinan kerajaan negeri yang baharu, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap menyatakan, sebahagian besar perjanjian telah dilaksanakan dari segi tadbir urus kerajaan negeri.
Tambanya, walaupun terdapat pelbagai 'kekangan', Peter yakin bahawa kerajaan negeri di peringkat negeri mampu merealisasikan seluruh perjanjian yang telah termaktub dalam manifesto Parti Warisan Sabah (Warisan).
"Beberapa perkara yang telah kita laksanakan dan beberapa perkara lagi kita tengah laksanakan seperti yang dijanjikan dalam manifesto,"katanya.
Terdahulu, dalam majlis sempena Hari Raya Aidiladha hari ini, Peter telah menyampaikan sumbangan kepada 240 golongan fakir miskin kepada penduduk di sekitar kampung Lagud serta menyumbangkan 8 ekor lembu korban.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Aidiladha
#Barisan Nasional
#hari raya
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Manifesto
#Musa Aman
#PDRM
#Peter Anthony
#Polis Diraja Malaysia
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan