awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOSTI lancar dua dokumen strategik utama pacu pembangunan ekonomi bernilai tinggi
Rom perkenal zon had laju 30 km sejam di pusat bandar
Piala ASEAN 2026 medium perkasa skuad Harimau Malaya - Cklamovski
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu NFC perlu di selesaikan segera - Salahuddin Ayub

Bernama
Bernama
21/05/2019
23:00 MYT
Isu NFC perlu di selesaikan segera - Salahuddin Ayub
Datuk Salahuddin Ayub berkata, dalam masa terdekat iaitu beberapa bulan lagi sudah ada sebuah syarikat yang berminat untuk membeli NFC. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mahu isu National Feedlot Corporation (NFC) dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam.
Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dalam masa terdekat iaitu beberapa bulan lagi sudah ada sebuah syarikat yang berminat untuk membeli NFC.
"Saya telah membuat kenyataan seawal berada di MOA, sebuah syarikat berminat untuk beli NFC, kita telah lihat syarat-syarat itu dan perkara ini telah diajukan kepada perdana menteri dan menteri kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga MOA Kelantan, di Kota Bharu, pada Selasa.
Katanya, pihaknya menyambut baik sekiranya syarikat berkenaan dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk menyelesaikan pinjaman dengan Kementerian Kewangan.
"Menteri kewangan dah beri respon bahawa NFC perlu kembalikan semula pinjaman, itu terma yang perlu dipatuhi.
"Saya dimaklumkan syarikat ini memang amat berminat untuk ambil alih NFC dan sekiranya semua syarat dipenuhi, kita tak ada masalah. Syarikat baru boleh meneruskan projek NFC, mungkin kita tukar nama baru, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu NFC
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
#kepentingan awam
#National Feedlot Corporation
#NFC
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan