awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu PATI: Kerajaan tidak akan tunduk - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/05/2020
08:21 MYT
Isu PATI: Kerajaan tidak akan tunduk - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kumpulan hak asasi manusia seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang melakukan ujian saringan COVID-19 ke atas PATI. - Gambar BERNAMA
Kerajaan tidak akan tunduk terhadap desakan mana-mana kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa tindakan penahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai diskriminasi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob menegaskan, kumpulan ini perlu sedar bahawa PATI memasuki negara ini secara haram, justeru wajar dikenakan tindakan undang-undang.
"Saya tidak tahu jika ada mana-mana negara (di dunia) yang membenarkan mereka (PATI) yang masuk ke dalam negara itu tanpa dokumen yang sah bergerak dengan bebas.
"Walau apa alasan yang diberikan oleh kumpulan yang menentang tindakan kerajaan ini, kita tidak akan tunduk kepada mereka kerana tindakan kita adalah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat kita," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa,
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkan penahanan PATI sebagai mencabuli hak asasi manusia.
Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, kumpulan terbabit seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap PATI.
"Kalau PATI ini tidak ditangkap sedangkan mereka positif COVID-19, tentulah mereka menjadi golongan yang menyebarkan jangkitan ini kepada rakyat kita yang tidak bersalah," ujarnya.
Berikutan itu katanya, kumpulan hak asasi manusia terbabit perlu melihat tindakan kerajaan sebagai menjaga kepentingan umum.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#diskriminasi
#hak asasi manusia
#ismail sabri yaakob
#pati
#pendatang tanpa izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan