Isu pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah bakal menjadi tumpuan pada hari ketiga persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) kepada Menteri Pengangkutan.
Pertanyaan itu juga antara lain membangkitkan kemungkinan pengenalan hukuman mati bagi kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.
Turut dibangkitkan dalam sesi itu adalah pertanyaan daripada Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mengenai jumlah kerugian pendapatan yang ditanggung industri pelancongan akibat impak wabak COVID-19.
Persoalan berkaitan pelancongan turut dibangkitkan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu perancangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk kembali meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selepas terjejas teruk akibat COVID-19.
Selain itu, Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tindakan yang telah diambil dalam menangani isu gelandangan dan pelesiran semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Ia termasuk pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan dan penggunaan pensanitasi tangan serta jarak sosial satu meter antara tempat duduk Ahli Parlimen semasa persidangan berlangsung seperti yang diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.
Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan
Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.
Padah ingkar SOP, pusat hiburan, pelanggan dikompaun RM120,000
Padah berdegil untuk berhibur, pekerja sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang dan 19 pelanggan dikompaun polis dengan nilai keseluruhan berjumlah RM120, 000.
Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.