awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki pukul kanak-kanak guna rotan di Petaling Jaya
Netflix, Sony Pictures meterai perjanjian penstriman global eksklusif
Korea Selatan sahkan kes pertama ASF selepas dua bulan, 20,000 babi dilupuskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu penubuhan Jakim sudah diterangkan kepada G25 - Fuziah Salleh

Bernama
Bernama
12/01/2020
09:29 MYT
Isu penubuhan Jakim sudah diterangkan kepada G25 - Fuziah Salleh
FUZIAH: Sebenarnya tiada isu dalam perkara yang mereka utarakan. - Gambar fail
Isu berhubung penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diterangkan secara terperinci kepada Kumpulan Bekas Penjawat Awam (G25).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata pertemuan dengan G25 berlangsung pada awal penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekitar Julai 2018.
Selain itu, beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa juga sekali lagi bertemu dengan wakil G25 sekitar dua bulan lalu berhubung perkara sama.
"Kita sudahpun berjumpa dan menerangkan jawapan kepada setiap persoalan mereka, tetapi mereka terus-menerus dengan pandangan sendiri walaupun perkara yang dibangkitkan sudah dibincangkan.
"Sebenarnya tiada isu dalam perkara yang mereka utarakan. Saya kira G25 perlu lebih memahami tentang penubuhan Jakim dan sebagainya... ada banyak silap persepi yang harus ditangani dan kita telah cuba untuk menerangkannya," katanya.
Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui selepas mengedarkan limau mandarin kepada pegunjung sebuah pusat membeli-belah di sini, pada Ahad.
Beliau menambah penglibatan bersama perlu diperkasakan untuk G25 memahami isu tersebut menerusi perspektif yang berbeza daripada pandangan mereka.
Media hari ini, melaporkan dakwaan G25 bahawa penubuhan Jakim dan Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tidak mengikut Perlembagaan kerana tiada peruntukan untuk agensi berkenaan ditubuhkan di peringkat nasional.
Fuziah juga mengulangi komitmen kerajaan PH untuk mempertahankan Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi Persekutuan selain memperkenalkan konsep Rahmatan Lil Alamin (rahmat untuk semua) dalam mewujudkan kehidupan harmoni dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#G25
#hal ehwal islam
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#kumpulan bekas penjawat awam
#Mujahid Yusof Rawa
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan