awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
Sidang Parlimen buka tirai Isnin, titah Agong tumpuan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu perkauman meruncing akibat dicetuskan pihak tertentu - Khalid

Bernama
Bernama
26/08/2019
12:52 MYT
Isu perkauman meruncing akibat dicetuskan pihak tertentu - Khalid
KHALID: kita lihat isu perkauman ini dilakukan oleh kumpulan yang mempunyai agenda. - Gambar fail/Astro AWANI
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengakui isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu termasuk pembangkang, dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata isu perkauman itu sengaja ditimbulkan pihak berkenaan bagi mengkritik pentadbiran kerajaan hari ini.
"Dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dilaporkan bahawa masalah perkauman semakin meruncing malahan dikatakan paling teruk dalam sejarah terbaharu negara.
"... dan kita lihat isu perkauman ini dilakukan oleh kumpulan yang mempunyai agenda. Kita juga lihat pihak pembangkang sengaja timbulkan isu perkauman menerusi laman-laman sosial sejak akhir-akhir ini bertujuan mengkritik pentadbiran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Shah Alam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata pihak berkenaan juga sengaja mempolitikkan isu perkauman bagi menghakis perpaduan negara yang beridentitikan rakyat berbilang kaum.
Katanya perkara seperti itu tidak seharusnya wujud dalam pentadbiran Kerajaan baharu hari ini.
"Dulu waktu kita jadi pembangkang kita tidak pernah wujudkan isu (perkauman) ini. Kita kritik dan tegur kerajaan (terdahulu) dengan cara membina....oleh itu tunjukkanlah kematangan kita hari ini dengan tidak mencetuskan isu-isu (perkauman) ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Shah Alam
#isu perkauman
#Khalid Abdul Samad
#Menteri Wilayah Persekutuan
#semakin meruncing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan