Kerajaan PAS Kelantan menafikan dakwaan pembukaan tanah untuk pembangunan ladang rakyat menindas peneroka.

Sebaliknya isu itu sengaja dimainkan pihak tertentu demi kepentingan politik.

Menurut Exco kerajaan PAS Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, isu tersebut sengaja dibangkitkan semula demi meraih sokongan dan undi.

Beliau berkata kerajaan PAS Kelantan bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Kerajaan negeri juga katanya akan mengadakan sidang media khas bagi menjawab persoalan yang dibangkit namun bukan pada masa terdekat.

Ditanya mengenai hutan dan tanah diceroboh pula, beliau yang juga ketua penerangan PAS Kelantan berkata siasatan akan dijalankan.

Dalam masa sama, Dr Mohd Fazli turut mempertikai kesasihan visual dari udara dirakam oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan-berkaitan penerokaan dan penggondolan tanah.

Dr Mohd Fazli berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan NGO berhubung pembangunan ladang rakyat.

Isu pencerobohan hutan dan pembukaan tanah untuk pembangunan ladang rakyat.

Kerajaan PAS Kelantan hari ini mendakwa isu tanah sengaja dimainkan oleh UMNO Kelantan walhal isu tersebut telah lama di jawab kerajaan negeri yang menafikan tanah rizab melayu di Kelantan tergadai.

Menurut Exco Kerajaan PAS Kelantan lagi, UMNO membangkitkan isu lapuk yang diibaratkan seperti mengitar semula sampah dengan tujuan meraih undi dan simpati rakyat berhubung isu tanah ini.

Katanya sekiranya benar kerajaan negeri bertindak zalim atau melakukan penyelewengan melibatkan pajakan tanah dan pemberian tanah kepada syarikat asing, pihaknya mengalu-alukan pihak SPRM, menjalankan siasatan.

Begitu pun menurut ketua penerangan PAS Kelantan ini, pihaknya akan menjalankan siasatan dan mendapatkan laporan berhubung dakwaan hutan dan tanah di ceroboh itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan NGO yang mendakwa sejumlah tanah dan hutan di Kelantan telah diteroka untuk pembangunan ladang rakyat.

Selain itu, tanah diusahakan peneroka sejak sekian lama juga didakwa di rampas dan diberikan pajakan kepada syarikat asing dan bukan bumiputra.

Visual dari udara yang dirakam oleh NGO berkenaan juga dipertikaikan kesahihannya oleh pihak kerajaan PAS Kelantan.

Menurut Dr Fadzli lagi, isu tanah sudah banyak kali dijawab kerajaan negeri, namun ianya terus dimainkan oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.