Jika kerajaan mengambil wang tunai daripada tangan anak muda yang baru bekerja bagi membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ia akan menyekat kebebasan mereka untuk berbelanja.
Itu pandangan Pengarah Strategik Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan, ketika berhujah dalam program Debat AWANI yang bertajuk PTPTN: Kenapa Susah Sangat Nak Bayar Hutang? terbitan Astro AWANI yang berlangsung di Bukit Kewangan, pada Ahad.
Justeru, Wan Agyl menyarankan kerajaan laksana kerjasama antara PTPTN dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kurangkan beban anak muda dalam menyelesaikan pembayaran balik hutang PTPTN.
"Pembayaran balik hutang PTPTN boleh dilaksanakan dengan menggunakan akaun di KWSP yang sememangnya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan.
"Jika ambil duit daripada orang muda, awak sekat kebebasan dia untuk berbelanja. Kos sara hidup dah tinggi, awak ambil lagi duit daripada mereka. RM2,000 belum kena cukai pendapatan, jika sampai RM4,000 dan ke atas progresif sehingga 15 peratus kena potong sampai RM750.
"Cukai pendapatan dan KWSP kena potong, belum kira yang mahu berumahtangga dan membeli kereta?" katanya lagi.
Kerajaan pada 23 November lalu telah mengumumkan potongan gaji bagi pinjaman PTPTN sebanyak RM40 atau dua peratus sebaik gaji peminjan mencecah RM2,000 sebulan.
Afiezy Azaman
Sun Dec 02 2018
WAN AGYL: PTPTN harus kerjasama dengan KWSP bagi pembayaran balik hutang PTPTN oleh anak muda. - Astro AWANI
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Najib, Kit Siang sedia berentap isu kleptokrasi
Bagaimanapun Ahli Parlimen Pekan itu menyarankan agar topik-topik lain juga bebas dibincangkan sewaktu debat itu berlangsung.
Antara kemahiran akademik dan insaniah, perlukah kita tiru Jepun?
Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, kemahiran insaniah perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak lebih dahulu daripada kemahiran akademik.
Tanpa akademik, kemahiran insaniah tidak dapat dikuasai - Freida Pilus
Menurut Freida, anak-anak di sekolah boleh menjadi lebih gembira apabila mereka mencapai kejayaan setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Kahwin bawah umur tidak selesai masalah sosial - Dr Afif
Had umur berkahwin tiada kena mengena langsung untuk mengatasi gejala sosial.
Perkahwinan bawah umur adalah satu pengkhianatan! - Nur Syafiqah
Ibu bapa yang mengahwinkan anak berusia di bawah 18 tahun disifatkan sebagai satu pengkhianatan dan bukan penyelesaian kepada kemiskinan.
Annuar cadang debat Ketua Kerajaan, Ketua Pembangkang selepas 100 hari pentadbiran
Merujuk cadangan debat antara calon Presiden UMNO, beliau berpendapat ia harus difikirkan secara berhemah dan penuh kebijaksanaan.
Dibelenggu politik wang? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan menegaskan politik wang telah menyebabkan parti itu telah lari dari ideologi asal penubuhannya.
Zahid, KJ berpeluk, Ku Li di mana?
Bahang persaingan merebut kerusi panas Presiden UMNO sama sengit seperti perlawanan bola sepak Piala Dunia Rusia 2018.
Debat AWANI Ku Li - Khairy eksklusif di Astro AWANI 29 Jun ini!
Dalam nafas 100 Hari Malaysia Baharu, Astro AWANI menampilkan dua ikon politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam program Debat AWANI pada 29 Jun depan.
TERKINI! Ku Li, KJ sah berdebat di Astro AWANI 29 Jun ini
Dua calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bakal berdebat di saluran 501 Astro AWANI.