awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia
Jambatan Jalan Tun Abdul Razak dibuka sementara sempena Thaipusam - Datuk Bandar Ipoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Rohingya: ASEAN harus panggil mesyuarat tergempar - Tun M

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
18/05/2015
13:14 MYT
Isu Rohingya: ASEAN harus panggil mesyuarat tergempar - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ASEAN perlu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengutuk keras penganiayaan kerajaan Myanmar terhadap rakyat Rohingya.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ASEAN perlu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengutuk keras penganiayaan kerajaan Myanmar terhadap rakyat Rohingya.
Dr Mahathir berkata ia adalah kerana tindakan kerajaan itu yang tidak berperikemanusiaan.
“Kerana ini adalah rakyat Myanmar dan mereka ada di situ sudah 800 tahun. Jadi, tidak patutlah mereka bunuh, bakar rumah. Macam-macam dia (kerajaan Myanmar) buat.
“Kalau dia tidak buat macam itu, mereka tidak lari. Saya rasa ASEAN perlu adakan mesyuarat tergempar mengenai ini,” katanya semasa satu sidang media selepas pelancaran buku 'Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.
Tambah Dr Mahathir, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN harus memanggil ketua-ketua kerajaan untuk bermesyuarat dan menegaskan kepada Myanmar bahawa mereka tidak boleh melakukan sebegini kepada rakyat mereka sendiri.
“Tindakan yang cukup zalim. Ia menimbulkan masalah kepada kita,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Mahathir
#Myanmar
#Rohinya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan