awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu status halal Ah Cheng Laksa, ini penjelasan Jakim

Sinar Harian
Sinar Harian
31/10/2019
04:54 MYT
Isu status halal Ah Cheng Laksa, ini penjelasan Jakim
Premis atau produk makanan yang mempunyai sijil halal bukan sahaja dijamin halal, malah suci, bersih dan selamat. - Gambar hiasan
Dapur pusat bagi premis makanan Ah Cheng sudah menerima sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Bagaimanapun, Bahagian Hab Halal Jakim menerusi satu kenyataan berkata, premis berkenaan yang didaftarkan atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd belum menjadi pemegang sijil itu untuk seluruh rangkaian kedainya.
"Justeru, Jakim mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat (Ah Cheng Laksa) untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Ini juga bagi mengelakkan kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.
"Premis atau produk makanan yang mempunyai sijil halal bukan sahaja dijamin halal, malah suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
"Pihak kami menyarankan pengguna mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya tampil membuat penjelasan itu susulan media sosial Halal Malaysia dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa.
Menurutnya, ia berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi pelanggan beragama Islam.
"Pengguna juga dinasihatkan lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti bagi mengelakkan fitnah dan salah faham sesama," katanya.
Bagi mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Topic Berkaitan
#Bersih
#Cheng Laksa
#Facebook
#fitnah
#Halal
#Islam
#JAKIM
#Laksa Cheng
#Malaysia
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan